CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 34185|Reply: 65

Exotic Pet - Kala jengking/Ular/Spider/Gengko/Katak

[Copy link]
Post time 2-5-2012 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by leotazz818 at 2-5-2012 14:44

RONA fizikal katak daripada keluarga Dendrobatidae itu sangat menarik. Komponen warna primer seperti kuning, emas, perak, merah, hijau, biru dan hitam yang mencolok mata dengan rekaan yang berlebihan pasti memukau pandangan orang ramai.
Lebih dikenali sebagai poison dart frog (katak damak beracun), kebanyakan ukuran panjang haiwan comel itu kurang 1.5 sentimeter, tetapi ada juga yang berukuran sehingga mencecah enam sentimeter.

Warna dan saiz berlainan itu bergantung kepada habitat katak tersebut. Ia banyak ditemui di hutan hujan tropika di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah di antara Costa Rica dan Brazil, manakala sedikit di kepulauan Hawaii.
Terdapat lebih 100 spesies katak damak beracun bergantung kepada warna dan corak. Ada yang berwarna hijau dan hitam dengan corak bintik hitam. Ada juga yang seakan-akan buah strawberi, manakala yang lain berbadan warna merah dan berkaki biru.

Amaran


Sebenarnya, warna dan rekaan berlebihan itu merupakan cara katak tersebut memberi amaran kepada haiwan pemangsa. Teknik yang dikenali sebagai pewarnaan aposematik (menggunakan warna untuk menakutkan musuh) turut dimiliki oleh haiwan lain.
Bukan sahaja sebagai amaran, tetapi kulitnya juga mengandungi racun berbisa. Bayangkan, seekor katak jenis keemasan sepanjang lima sentimeter sudah cukup untuk membunuh 10 lelaki dewasa.
Ia menjadikan haiwan tersebut antara yang bertoksik di muka Bumi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 02:32 PM | Show all posts

Exotic Pet - Kala jengking/Ular/Spider/Gengko/Katak

Post Last Edit by leotazz818 at 2-5-2012 14:46

saya ada seorang kawan...
dia ada beli 2 ekor scorpion emperror king nie..
dia bela dalam akuarium...

saya pun teringin nak bela...
ini scorpion bahaya tak? kalau kena sengat mati ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:11 PM | Show all posts

membela kala jengking

aku ada seekor kala jengking,
dah 2 bulan aku miliki jengking ini..
ku namakan ia sebagai "ROKA" ..
kenapa aku namakan ia "ROKA"?
kerana ia adalah singkatan utk neraka.

ok lah,
selama 2 bulan...
"ROKA" ku hidup di dalam akuarium yg khas utk 'small turtle' ..
walaupun ia kelihatan happy di dalam akuarium itu,
aku tidak sanggup membiarkannya lebih lama di dalam
akuarium small turtle..

akhirnya, jumaat lepas,
aku membeli sebuah tank khas utk scorpion,
setelah tawar menawar selama 10 minit,
aku dapat lah diskaun RM10..
banyak tue... rasa bersalah gak sebab menawar-nawar sebegitu rupa.. rasa mcm org jahat lak..
lagipun, dlm islam tak di galakkan terlalu tawar menawar dalam
perniaggan..


oleh kerana rasa bersalah, mulai hari ini
aku akan beli makanan scorpion hanya di kedai tersebut..
kedai lain aku beli benda lain lah.

walau bagaimana pun, aku agak kecewa...
sangkar akuarium tersebut di cemari oleh kesan lekat
sticker harga.. puas aku basuh dengan air,
namun kesan tersebut tidak mau ilang..

aku kecewa, ingin aku gunakakn thinner, tetapi takut akan
mencacatkan permukaan tank tersebut..
oleh itu, aku membiarkan sahaja kesan tersebut,
dengan harapan ia akan ilang di telan masa.

akhirnya aku setup new tank for ROKA..

aku cuma nak tanya pendapat korang la :

1) aku sekarang menggunakan habuk kayu (yg biasa utk hamster) sebagai alas tank.. walaupun di dalam survey ku buat di internet,
mereka mengatakan serbuk kayu tidak bagus utk scorpion.. kebanyaakan mereka menggunakan coco fiber, tapi bila aku tanya pet shop owner, mereka menyuruh aku menggunakan habuk kayu sahaja, mereka tidak menjual coca fiber.. apakah aku harus menggunakan tanah? TAPI tanah jenis apakah yg harus aku gunakan???

2) AKU lupa apakah soalan yg aku nak tanya, nanti aku update lagi....


by the way, aku bagi makan scorpion aku mealworm.. murah jer, RM1 15 ekor.. bukan setiap hari ia makan.
ROKA adalah spesis EMPEROR scorpion.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:33 PM | Show all posts
dulu ade gak la bela kala jenis nie..
boleh pegang sbb sengat dia dah buang tp kata orang sengat dia tetap ada ....
pasal home die .. selalu jaga letak tanah bakar je . . pastu kekadang sembur air tuk die minum + bagi dia segar..
itu ikut cara sendiri la tak ikut memana otai . .
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 01:18 PM | Show all posts
sengat dia dah buang?
bole buang ker? tak mati ke nanti.. mcm kejam lak..

pet shop owner ckp, bisa ada, so kalau nak pegang kena amik risiko sendiri la..

so, aku jarang pegang, kalau pegang pun kejap2 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 01:18 PM | Show all posts
aku tgk kala jengking kat kmpung atok aku pun takut,apatah lagi membelanya!!
btw,kala jengking yg TT bela tu ade sengat ke takde ya?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2010 01:22 PM | Show all posts
aku tgk kala jengking kat kmpung atok aku pun takut,apatah lagi membelanya!!
btw,kala jengking ...
izzreen Post at 12-12-2010 13:18


mengikut kata2 touke kedai.. ada bisa woo...


tapi aku tak berani cuba... garang ....


tapi aku suka belai belakang dia, tapi hati2 la dengan penyepit dan ekor dia..


pernah kena sepit, luka sikit jer...


tapi biasa la, dulu masa bela hamster pun pernah kena gigit sampai luka, bela kucing pun pernah
kena cakar, bela arnab pun pernah kena cakar...


so, apatah lagi scorpion.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 01:46 PM | Show all posts
bela kucing,aku suka
hamster pun aku ade bela kat umah,boleh tahan lagi..tp tu pun adik aku jaga
scorpion,tak mungkin kot!huwahuwahuwa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 03:07 PM | Show all posts
Reply 3# amieshoro


    yup katanya dah buang tp tak tau la betul ke tidak  . . tp tguk belkang die tu ad jarum mungkin baru tumbuh semula...
    mase adin bela,agak lama r jugak nak meberanikan diri tuk pegang die tu.. pegang belkang die lama arr gak duk membelai atas tangan . . tp syg kenangan tu tak masuk dalam gambar lau tak boleh tepek kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 07:32 PM | Show all posts
dulu ade gak la bela kala jenis nie..
boleh pegang sbb sengat dia dah buang tp kata orang sengat di ...
deans_adin Post at 12-12-2010 12:33



   tanah bakar tue apa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 07:50 PM | Show all posts
Reply 8# amieshoro


    tanah bakar,tanah hitam tu . . camne ek nak jelaskan . .
    ade sabut kelapa sikit2..
kalau kat plant nursery ade jual,kalau kat kedai pet selalu mereka letak sabut hamster tujekan ? ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:47 PM | Show all posts
erkk.. x takot ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 09:56 AM | Show all posts
aku bela singa betina...garang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 11:18 AM | Show all posts
Reply 1# amieshoro


    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs201.snc4/38399_416996177289_561637289_4499134_4704522_n.jpg
tenguk bro nie pegang kala jengking tue belakang die masih ade jarum lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:39 AM | Show all posts
aku bela singa betina...garang lagi
baksamakmu Post at 14-12-2010 09:56


ko panggil aweks ko singa betina ke? wakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 11:47 PM | Show all posts

Nak tanya Jenis Lipan same Scopion di malaysia

Nak tanyer brape Jenis Lipan same Scopion di malaysia?
der org minat ternat haiwan ni x?
berape harga-yer di malaysia ni? (ku cadang ternak utk jua)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2011 12:45 AM | Show all posts
x paham......

ko nak scorpion malaysia? aku ada bela scorpion ..
emperor scorpion... tapi bukan malaysia punya scorpion...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 01:20 AM | Show all posts
kalo bela scorpion ni,nk bg makan apa?susah bela x?minat sgt2 nk bela..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:00 PM | Show all posts
kalo bela scorpion ni,nk bg makan apa?susah bela x?minat sgt2 nk bela..huhuh
john_pablo Post at 8-4-2011 01:20


paling senang bela scorpion la...

sebab2 utamanya ialah:

1) tidak perlu membelai dan memanjakannya...
(sekiranya anda di sengat atau di sepit semasa membelainya adalah tanggungan sendiri)

2) tidak perlu memberinya nama
(namun aku tetap bagi nama scorpion aku ROKA, walaupun aku sedar ia tidak mungkin
berpaling jika aku menyebut namanya)

3) tak perlu makan ari2..
(bole bagi makan meal worm, cengkerik, anak tikus.. biasa aku bagi mealworm jer)
dalam 3 ari seekor.. budger makan dalam RM1 jer sebulan..

4) najisnya tidak kelihatan
(puas gak aku cari, yg ada cuma sisa kulit mealworm jer)

5) tidak berbau...

6) tidak bising

7) tidak tahu merajuk

8) tidak kisah anda berbau busuk atau bangun pagi dengan muka hodoh.. Scorpion anda
memang tak peduli langsung.

9) Emperor scorpion jarang menyengat, cuba la letaknya di tangan anda..
caranya dengan memegang hujung ekornya (hati2 dengan jarum penyengatnya)
kemudian letak di tangan anda, dan ambil la gambar bersama2 scorpion anda....
kemudia bole post di facebook anda, pasti gadis2 yg melawat facebook anda merasa teruja
melihat keberanian anda.

10) paling besar penyepitnya, bermakna scorpion anda kurang bisa penyengatnya.

ok, tue jer tips dari saya, tapi pastikan anda menukar air minuman scorpion selang 3 ari..
air kena pastikan bersih, x susah pun.. korang cari jer bekas kecik ,
tapi pastiak scorpion bole berendam dalam tue.. jangan la letak banyak sangat air..
asalkan boleh tengelam separuh badan cukup la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 08:38 PM | Show all posts
paling senang bela scorpion la...

sebab2 utamanya ialah:

1) tidak perlu membelai dan mem ...
amieshoro Post at 8-4-2011 20:00


terbaik..best2..mmg minat gila ngn kalajngking ni..so ada x kt mana2 ada jual kala jngking?kalo nk cari plak kt mana?kt celah2 kayu buruk boleh dpt x?tq bg info..sila tinggalkan no fon kt inbox aku..aku mmg berminat sgt2.plz...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070906 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list