View: 1536|Reply: 10
|
rumah mendap@shah alam.info n pic updated by tongkatwaran.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by zaujahzauji at 18-2-2012 17:16
just to highlight kat CI ni.jom kita bincang2kan.info boleh check newspaper online.rumah teres katseksyen 7.jiran ict. |
|
|
|
|
|
|
|
??? tanah mendak ....cer tanya Petola ...mungkin tahu kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Nah ni berita nya, TT tolong tukar tajuk thread...................
MENDAP...ruang hadapan sebuah rumah yang mendap di Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, Shah Alam.
SHAH ALAM: Tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7 berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap, awal pagi kelmarin.
Kejadian tanah mendap jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat rosak dan ruang hadapan beberapa rumah penduduk mendap selain digenangi air.
Ahli Jawatankuasa Persatuan penduduk taman berkenaan, Zain Wahinuddin Idris, 55, berkata kejadian itu menyebabkan mereka hidup kebimbangan apabila struktur bahagian belakang dan hadapan rumah mendap lebih kurang tiga kaki selepas hujan lebat itu.
“Saya dan beberapa penduduk sudah membuat aduan mengenai kejadian tanah mendap di rumah kami sejak 2006 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun tiada tindakan diambil.
“Malah, saya turut membuat laporan kepada pelbagai pihak seperti Jabatan Kerja raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), namun mereka seolah-olah memandang sepi masalah ini.
“Saya sangat sedih apabila kejadian ini menjadi semakin teruk seperti apa yang berlaku awal pagi tadi (semalam) kerana bukan saja membabitkan harta benda, malah mengancam nyawa kami. Apabila berlaku dentuman kami keluar kerana bimbang rumah runtuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Zain berkata, ada sebahagian penduduk yang berpindah sementara kerana bimbang kejadian itu bertambah buruk.
Dia berkata, rumah teres dua tingkat itu dibina pada 2002 dan siap sepenuhnya pada Disember 2005 sebelum dijual dengan harga RM250,000.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro petang semalam mendapati sebahagian ruang hadapan rumah beberapa penduduk di situ mendap selain arus deras akibat hujan lebat menyebabkan berlaku hakisan di kawasan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balasan Allah lah ni....bwk2 lah bertobat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu ar... mentang2 ar value umah teres/superlink kat sect 7 ni mencanak naik >100%, ramai yang jadi lintah darah... beli umah RM240K.... jual kat orang RM499K >.... |
|
|
|
|
|
|
|
what?
wow nama jalan tu Jalan ??? Plumbum??? no wonder ....should put there aurum ... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg memastikan struktur asas rumah tu kuat ?
Civil engineer ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kaka red kah |
|
|
|
|
|
|
|
insurans cover tak ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
xtau kenapa isu ni agak mendap sebagaimana mendapnya tanah kat situ.investigation katanya dah pun dimulakan oleh mbsa n ikram.on top of that am curious nak tau developer project ni.contractor and consultant (ni yang paling penting).berjiran dengan ict jadi adakah ini disebabkan oleh soil condition atau lain2 factor macam water level ke.anything to do with groundwater maybe.land subsidence ke.banyak sebab nak kena siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nah ni berita nya, TT tolong tukar tajuk thread...................
MENDAP...ruang hadapan sebu ...
“Saya dan beberapa penduduk sudah membuat aduan mengenai kejadian tanah mendap di rumah kami sejak 2006 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun tiada tindakan diambil.
tongkatwaran75 Post at 18-2-2012 08:29
masa tu chairman dia sibuk pergi DISNEYLAND bersama bibik dia.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|