CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: messyjet

laki baik untuk perempuan baik???

[Copy link]
Post time 14-2-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 60# niezam_cs

takdelaa...pasu tengok, makin lama...makin panjang kajang berlipat komen incik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 04:21 PM | Show all posts
Reply  niezam_cs

takdelaa...pasu tengok, makin lama...makin panjang kajang berlipat komen incik. ...
pasuoren Post at 14-2-2012 04:05 PM



    tgh xbuzy nie boleh la komen panjang2...dlu pki kertas A4....skang dh pki kertas majung....panjang la skit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 04:33 PM | Show all posts
memetik kata-kata ustaz azhar idrus: perempuan x baik boleh kawen dengan lelaki baik sebab lelaki tersebut boleh membimbingnya, tapi perempuan bail xleh kawen dengan lelaki jahat...


t.t, pengalaman aku, kawan3 aku yang kaki sosial nie lah yang kawen dulu, so jangan risau pasal jodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:27 PM | Show all posts
Reply 33# Sagoo


    salam, pertama ak nak tgur sket hg pnya word "xda perumpamaan laki baik utk pempuan baik, bla bla bla...xde! mengarut semua tu..." jgn main kata ikut akal..ak pn takde la tinggi mana n berpengetahuan dalam ilmu agama ni. tp dalam al-quran ad nyebut ayat mcm tu..ak tak ingt la surah n ayat ap..tp dalam perkongsian ilmu yg ak pnah join..mmg ad di sebut dalam al-quran. mcm tu gak la ngan perkara menutup aurat ni..mmg kta pn manusia ni sntiasa lemah dalam nak menjaga perkara2 yg mcm ni bile kta rse ok je...tp as a man, bkn lah nak mencari yg terbaik smpai bleh hafaz 30 juz al quran kalo kta sndiri pn terumbang ambng baca al quran tu. tp biarlah org kata elok di pandang.. bila yg seksi2 ni ckp ayat mcm tt ni dok sbut..yg bertudung pn bkn baik (tp rmai je yg bertudung tp ketat yg amat pkainye), jd mcm kta ni nak menegakkan gak bende yg da di larang supaya nak menyedapkan ati sndiri..jd menampakkan sgt yg kta ni tak dpat nak menerima tguran. kalo da mcm tu, bila laki tgk pn akan ad frst impression dr penamplan kta tu..mcm susah nak di tgur..nati bila kawin, husband ckp jgn la pkai nmpak aurat..nati melenting, bg alasan yg pmpuan tudung tu pn bkn baik n ntah2 ad dara ke tak...kata ini freedom kta la..tp ingt..bila da kawin ni,suami bertanggungjwb atas sume dosa yg isteri lakukan..tp kalo da tgur pn tak makan dek saman..ikut la cara islam sarankan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:57 PM | Show all posts
jgn doh, laki baik untuk prempuan baik, laki jahat untuk prempuan jahat,
Aku yg tengah terkapai2 nak brubah ni nak campak mana {:4_186:}

Jodoh tu mmg rahsia tuhan paling special
Tuhan tu dah tetapkan takdir masing2
By that time usaha je la perbaiki diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 06:39 PM | Show all posts
aku still x nampak point ko

1st: kalau dah x suka yg typical, cari yg atypical


2n ...
awan_kelabu Post at 13-2-2012 18:21



    Mesti ada usaha...sokong ur statement...Kain putih yang kena comot dan kena kesan degil sekalipun akan hilang klau kena dengan basuhan dan material basuhan yang sesuai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2012 06:48 PM | Show all posts
aku terpanggil nak komen sbb.. falsafah ni mmg sebati ngan jiwa aku.dr zaman remaja lg aku jg maruah diri sbb aku tak nak dpt pasangan yg tak tau jg maruah diri. laki baik tuk puan baik n vice versa....tak silap aku ni hadis nabi kan..?? betulkan kalau aku silap

kalau nak jodoh baik, maka baikkan diri kita dulu..maka jodoh baik tu akan ada tuk kita.kalau dah bercinta bagai nak rak tetiba jer tak der jodoh maksudnya, dia tu bkn terbaik tuk kita...walaupun dimata kasar kita dia tu dah tip top..

kalau kita ni baik.dpt jodoh tak baik. camne plak..??(aku pun dpt yg camni..huhu.)
senang ajer... kena yakin, kalau kita ni baik..mesti dpt yg baik gak. anggap sbgai cabaran. jodoh yg tak wape baik yg kita dpt tu, Allah dah takdirkan dia akan berubah jd baik gak last2, sbb dia dah jodohkan dgn kita utk kita bentuk pasangan ke arah yg lebih baik..

kalau tak jd baik gaks?? blah la...bukan yg terbaik tuk kita la tu...Allah dah rencanakan apa yg lg baik dr tu.. wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 07:07 PM | Show all posts
Mesti ada usaha...sokong ur statement...Kain putih yang kena comot dan kena kesan degil se ...
lengkuas8883 Post at 14-2-2012 18:39


kalau kena karat boleh hilang jugak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 07:08 PM | Show all posts
tajuk thread ni bukanlah statement atau falsafah semata2..ia adalah sebahagian dari ayat surah AN-NUR - ayat 26

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.  [surah AN-NUR - ayat 26 ]

Terjumpa satu blog yang menjelaskan tentang ayat ni , kenapa ayat ni diturunkan dan pengajaran yang kita bole ambil.
http://hafizfirdaus.com/content/view/105/56/

Penjelasan ayat 26 surah an-Nur.                           
Ditulis oleh Hafiz Firdaus          
Tuesday, 18 September 2007
Dari munirahayati2000
Date: Mon Mar 3, 2003 1:17 pm

assalamu'alaikum

mohon pandangan dari pakar tafsir quran dlm list ini: according to what little that i know, the ayat mentioned here is revealed after the hadith-ul Ifk, i.e it's for the clearing of Aisyah's good name. Many people often refer to this ayat in the context of the emails below...(good girl gets good husband & vice versa)and this is not totally accurate; coz there are good people who marries bad persons; immediate example in Qur'an will be isteri nabi nuh& Luth; & firaun husband kepada asiah..(at-tahreem 10-12)

i am just wondering if this is something that needs to be looked into. i fear that i could be interpreting Quran with my own frail, fallible mind & reason, and Allah is the al Haseeb..


Jawapan:
wa’alaikumussalam warahmatullah,

Firman Allah:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]

Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

[1] Kaedah tafsir menyebut:

Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.

[2] Kaedah tafsir juga menyebut:

Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.

Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.[3] Kaedah tafsir juga menyebut:

Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

[4] Kaedah usul pula menyebut:

Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.

Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai:

Pertama:
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.

Kedua:
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas.

Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.

Ketiga:
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim).

Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.

Keempat:
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.

"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

Sebagai contoh: Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

Inilah yang disebut sebagai: Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.

Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 07:28 PM | Show all posts
ala..ko ni tt...kan dlm Islam pun, kena cari pompuan yg baik utk jadi isteri, jadi ibu untuk anak2....tak boleh cari pompuan sembarangan..kenapa?

sb perangai ibu dr masa mengandung, masa membesarkan anak...semua mempengaruhi anak utk jadi lelaki/pompuan soleh/solehah...KUALITI ISLAM......berganda kali dari prangai lelaki yg jadi suami....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 07:59 PM | Show all posts
wah terharu dgn sume komen.esok ak replied.bye uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:19 PM | Show all posts
hmm..bagi aku tak kisah kalo pompuan tue baik or jahat pada kehidupan sebelum..yang penting kehidupan selepas kahwin..kalo pompuan yang sosial pun masa sebelumnya..aku tak kisah pun..yang penting lepas kahwin dia mampu untuk berubah...itu je...setuju ngan pendapat missy jet...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:38 PM | Show all posts
laki nk pompuan cantik jela. contohnya, cam aku la.laki melayu takmo kat aku. yg tersangkut aku org india
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:00 PM | Show all posts
laki nk pompuan cantik jela. contohnya, cam aku la.laki melayu takmo kat aku. yg tersangkut aku org  ...
puccafan Post at 14-2-2012 21:38


la..janji laki kan..ape ade hal...janji mampu menjaga isteri dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:26 PM | Show all posts
Reply 75# Norameen


   ko agak2 family nk trima ke kalo aku bawak balik jumpa? lain la ananda krishnan. bole la pejam mata je
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 10:58 PM | Show all posts
kalau kena karat boleh hilang jugak ke
awan_kelabu Post at 14-2-2012 19:07



    boleh bro..gunala daun pandan (ala2 tradisional utk tanggalkan karat gitu..)hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 12:14 AM | Show all posts
betul2...xde hal la..janji dia nak masuk islam..ko gak dapat banyak pahala...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:47 AM | Show all posts
ak rse la point die, mslah peribadi + pemikiran org+ keraguan di hati die tntg laki y suke tingalkan sesuatu y die rse xbaik tok future then pilih y baik or nmpk baik dr luaran..masalahnye, da mcm lumrah la skrg, y jahat akn cube cr y baik kononye dpt mnjamin future y baik, ad y berjaye dptkan rumhtngga y bhgia  tp ad y x, mybe dsebabkan dosa die y lampau and jalan y die plih salah,ad bnyk kemungkinan..tp yg pntg kne ingt cm lagu  foo fighters - wheels,beringat mse kt atas,jgn trbang trlalu tinggi..tkot kalau da jatuh bwh, trus menyembah bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:50 AM | Show all posts
jangan pertikai ayat Allah....takut jatuh hukum lain plak, so tolong buat kajian sket
sebelum suka-suki kata tak caya...whatsoever...

for TT, u punya luahan nie very tipikal...budak2 muda yg huha..huha...huha
tapi frust bila lelaki carik yg baik utk jadi suri hati dia...kalo nak tahu lebih lanjut
silalah baca buku, think like a man, act like a lady....u akan dpt jawapan yg u nak

i nak sentuh sket bab impression org pada kita...
u PILIH untuk pakai seksi, etc...akan ada org pandang serong pd u
i think it's normal...sebab seksi nie bawa konotasi negatif dlm masyarakat
some seksi associate wt elegant,classy looks...but some conveys a wrong message like "u look cheap"
in that sense, u takleh marah persepsi org pd u...sebab u sendiri yang hantar SIGNAL tu pd mereka
sama juga dgn org berpurdah, alim, berjanggut...semuanya bawa 1st impression yg berbeza..
so apa yg u buat kat sini?...ubahlah SIGNAL tu, sebab tu saja dlm kawalan u...sumthing that u can change

another issue, org pakai tudung tak baik sangat....memang pun, sapa kata org berpurdah baik?
baik bukan digambarkan dgn pakaian, barang kemas, kereta besar, mewah...umah besar
semua antara kita tau benda2 camni....jadi kenapa nak buat isu camni hanya kerana nak JUSTIFY
diri kita baik w/pun tak berpakaian seperti org baik...perlu ke?...for me, tak perlu pun...
jadi bila tak perlu, TT sendiri akan berasa tenang....i choose to wear like this, regardless what others say
so why bother....tak perlu sedih plak, lelaki nak carik yg baik...dah dia boleh PILIH...biarlah
dan TT sendiri pun boleh PILIH....pilihlah cemana yg u suka....

masalah dgn kita nie kekadang, bila kita tak pandai dlm sesuatu....kita akan tunding jari pd org
"alah, org tu lagi bodoh daripada aku"....that's it....lagi senang kann...
kita stay camtu gak sebab kepala dah tenang ....org lain lagi teruk??...so bila nak ada improvement dlm idup

panjang dah.....take it or leave it
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 07:54 AM | Show all posts
tgk je ayat yg kawan kita bagi tu...ayat Quran jgn sapa2 pertikai..maksud baik tu hnya Alah yg tau s ...
kurmasafia Post at 14-2-2012 14:40



yup...ayat nie nak suruh kita jaga diri...utk dpt org baik macam kita

nanti ada plak org pertikai, aku dah baik ....tapi laki cam hazabedah

mahap cakap, org baik...dia susah nak ngaku dia baik....hahhahahaha
living example kay...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.681771 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list