Post Last Edit by ratuiphone at 8-2-2012 11:00
Liyana Jasmay Sudah Sedia Jadi Isteri
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Liyana Jasmay.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi muda, Liyana Jasmay sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memberi tempoh masa menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan atau dalam masa dua tahun lagi.
Liyana berkata, walaupun baru berusia 23 tahun, dia yakin dirinya semakin matang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan lebih-lebih lagi jika memperoleh suami yang dapat mendorong kerjaya seninya.
"Benar, saya sudah bersedia untuk berkahwin dan tak mahu lagi melalui sesi percintaan seperti dahulu. Saya seriklah nak bercinta lama-lama. Bukannya apa, akhir sekali tiada apa-apa pun di penghujungnya."Andai kata ada yang berkenan jumpalah mak dan ayah saya dahulu, kemudian berkenalan dahulu dalam masa beberapa bulan. Jika selesa, maka bolehlah teruskan apa yang patut.
"Namun, diakui, saya memerlukan seseorang yang menyayangi diri ini. Tak senang duduk dibuatnya jika tiada cinta," selorohnya.
Tambah Liyana, dia akui, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mempunyai syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios, dia dapat merasakan dirinya semakin matang daripada segi pemikiran.
Dia juga semakin memikirkan tentang masa hadapan, kehidupan dan karier.
"Mungkin ramai yang menganggap saya ini masih lagi kebudak-budakan. Tetapi pendedahan yang saya terima sejak menyertai industri seni tempatan sejah berusia sembilan tahun membuatkan saya cepat matang.
"Tambah pula, ketika di lokasi penggambaran, saya sering bergaul dengan golongan dewasa," katanya.
maklumat lanjut sila layari:
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/2/8/mstar_hiburan/20120207172907&sec=mstar_hiburan
p/s uolls..dia minta dipinang...adakah dia sedang memberi signal kepada shamsul yusof supaya masuk meminang kew??? tak leh bayang kan kegedik kan melompat ke riangan kalau abg shamsul masuk minang? adehhh...ke dia tgk lisa surihani nak kawin dgn yusry dia pon nak kawin jugak... |