CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 15

Dulu KPD Temerloh, skarang KPD Hulu Terengganu Pulak Tertembak Rakan Sendiri!

[Copy link]
Post time 27-1-2012 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Muntz at 27-1-2012 23:40

Lans Koperal disangka rusa maut ditembak27/01/2012 7:09pm


HULU TERENGGANU - Seorang anggota polis maut akibat tertembak oleh rakannya yang menyangkanya seekor rusa ketika mereka berburu di Kampung Kuala Menjing, dekat sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, rakan itu, seorang petugas di Jabatan Kesihatan di daerah ini tertembak Lans Kpl. Yaseer Janudin, 26, dari ibu pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam.     
Katanya, sebaik melepaskan tembakan menggunakan senapang patah, lelaki berkenaan terus memanggil seorang lagi rakannya untuk menyembelih ”rusa yang ditembak” itu namun terkejut apabila mendapati Yaseer terbaring dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tembakan peluru penabur.
Yaseer yang terkena tembakan di bahagian dada sebelah kiri terus dipangku kedua-dua rakannya itu namun akibat kecederaan parah yang dialaminya, dia meninggal dunia di tempat kejadian. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 11:32 PM | Show all posts
dah ada suda thread nih seludang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:34 PM | Show all posts
alfatihah....

dah ajal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:34 PM | Show all posts
Mung ni gape tajuk supo tak makang , mung nak keno bedil ngn puok2 forumers hok debe ko ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:00 AM | Show all posts
Rakan disangka rusa

Oleh Baharom Bakar dan Norfaisal Jahuri
bhnewsbharian.com.my
2012/01/28


Yaseer Janudin


Lans Koperal maut terkena tembakan ketika berburu

KUALA BERANG: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal terbunuh selepas terkena satu das tembakan dari jarak dekat yang dilepaskan rakannya, ketika memburu di hutan berhampiran Kampung Kuala Menjing, di sini, kira-kira jam 9.45 malam, kelmarin.

Yaseer Janudin, 26, dari Kampung Permatang Pasir, Melaka Tengah, Melaka, yang bertugas di Bahagian Persenjataan Ibu Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu yang cedera parah di dada kiri meninggal di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa yang bertugas selama enam tahun di IPD Hulu Terengganu bersama dua rakannya, Amran Junaina Abdul Majid, 49, yang bertugas sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Kuala Berang dan Fauzi Mustapa, 29, keluar memburu kira-kira jam 5 petang.

Ketika memburu, rakan mangsanya, Amran Junaina yang bersenjatakan senapang patah dipercayai melepaskan satu das tembakan ke arah satu cahaya putih seolah-olah mata seekor rusa, tetapi sebenarnya tertembak Yaseer.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir, berkata selepas melepaskan tembakan, Amran Junaina memanggil rakannya termasuk mangsa untuk menyembelih haiwan yang ditembaknya.

Bagaimanapun, katanya, Amran Junaina yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) terkejut apabila sangkaannya meleset selepas mendapati Yaseer terbaring dan tubuhnya berlumuran darah.

“Amran Junaida kemudian berlari sejauh kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk ke jalan utama sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu di IPD Hulu Terengganu kira-kira jam 10.20 malam.

“Sepasukan pegawai yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dan jenazahnya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Rosli berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai secara tidak sengaja tertembak mangsa menggunakan senjata api untuk kegunaan anggota RELA.

“Amran Junaina dan Mohamad kini ditahan di IPD Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala senapang patah serta beberapa biji peluru digunakan untuk memburu turut dirampas,” katanya.

Di MELAKA TENGAH, ibu Yaseer, Sakdiah Khamis, berkata beliau mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada waktu Subuh selepas diberitahu seorang lagi anaknya.

“Mereka enggan memberitahu awal sebab bimbang saya terkejut kerana kebelakangan ini sering sakit dada. Arwah sememangnya sangat rapat dengan saya sebab dia adalah anak bongsu daripada lima beradik,” katanya.

Sakdiah, 55, berkata, pada Jumaat lalu, arwah membawa pulang bakal tunangnya, seorang guru berasal dari Terengganu yang hanya dikenali Suhana untuk bertemu keluarga di kediamannya di Jalan Bachik, Permatang Pasir Alai.

“Arwah kelihatan sangat seronok dan bertanya pendapat saya mengenai gadis itu, sama ada cantik serta sesuai untuknya. Kami sekeluarga bercadang untuk ke sana (kampung Suhana di Terengganu) pada Mac ini, tetapi apakan daya, jodoh mereka tidak kesampaian,” katanya.

Jenazah Yaseer yang tiba di kediaman keluarganya awal pagi semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir Alai.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:28 AM | Show all posts
kes mcm ni slalu gak jadik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2012 11:59 AM | Show all posts
sian kat tunang dia tue!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 12:14 PM | Show all posts
Kalau gi memburu kena duduk sekumpul tak boleh berpecah.  Bila berpecah kawan yang sama pegi disangka rusa dah tertembak baru perasan.  Apa pun Al Fatihah dan takziah pada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2012 01:43 PM | Show all posts
Kalau gi memburu kena duduk sekumpul tak boleh berpecah.  Bila berpecah kawan yang sama pegi disangk ...
Artemesiaa Post at 28-1-2012 12:14

petua nih yg dipegang selalu oleh group abang ris kalau gi memburu......... memang dilarang keras berpecah......... nanti tak pasal2 kawan segroup tuh disangkakan mangsa buruan.................maka akan terjadilah terkena tembakan rakan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 02:09 PM | Show all posts
....dah tak cukop duit sangat ke nak beli makanan sampai bersusah payah pegi berburu binatang? kebuloq sangat kaa?? memang patotlah mampuih, niat nak membunoh aja...:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 02:23 PM | Show all posts
Lans Koperal disangka rusa maut ditembak27/01/2012 7:09pm


HULU TERENGGANU - Seorang anggota pol ...
seludang Post at 27-1-2012 23:29

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, rakan itu, seorang petugas di Jabatan Kesihatan di daerah ini tertembak Lans Kpl. Yaseer Janudin, 26, dari ibu pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam


   
Ketika memburu, rakan mangsanya, Amran Junaina yang bersenjatakan senapang patah dipercayai melepaskan satu das tembakan ke arah satu cahaya putih seolah-olah mata seekor rusa, tetapi sebenarnya tertembak Yaseer.


ko ni pun baca abes ke sotkabar ni gi ubah tajuk tu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 03:33 PM | Show all posts
Kalau pakai vest oren kurang la sikit risiko tersalah sangka ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 06:13 PM | Show all posts
innalillah..takziah kpd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:15 PM | Show all posts
Mung ni gape tajuk supo tak makang , mung nak keno bedil ngn puok2 forumers hok debe ko ?
boyagombak Post at 27-1-2012 23:34



  Apa yang kamu ngomel kan tu boya?.....{:1_270:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 08:43 PM | Show all posts
aku bykkali dgr kes cmni..

ada sekali tu, tertembak orang, sangkanya monyet,

orang tua2 cakap, dlm hutan, ada 'benda' yg bole nyamar jadi kwn korang, jadi binatang yg korang nk tembak tu, sebab tu lar, kalu tk cukup ilmu dlm hutan ni, jgnla pi berburu sembarangan.

bole jadi makhluk berkenaan nyamar dpn mangsa, then terus tembak.

jangan ingat yg menembak ni buat2 tk nmpk, mmg diorg nmpk tu mcm rusa, monyet , tapi sebaliknya benda lain..


sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 09:03 PM | Show all posts
Sudah... esok kalutlah boss wife aku kat pejabt RELA daerah besok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063741 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list