CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alin33

Festival Filem Malaysia 24 (FFM24) - :Result Penuh + Gambar [start Pg.24]

  [Copy link]
Post time 16-11-2011 10:20 PM | Show all posts
kenapa dah umum
lonso Post at 16-11-2011 22:15

Malam ni ada pelancaran FFM .. Memang tradisi FFM umum kategori tertentu pada malam pelancaran ..

Malam kemuncak 20/11/2011 ada live di Astro Prima 9 mlm
Red carpet 8.30 mlm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 10:25 PM | Show all posts
ada tak live kat tv1 nnti? mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by IoriYagami at 16-11-2011 22:35
ada tak live kat tv1 nnti? mmm.
hijau88 Post at 16-11-2011 22:25



   kat prima....nampak iklan di tv taditapi gandingan johan dgn kak ogy sgt 'rare'....
dua-dua pun kalau dpt mike mic mesti melalut jauh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:35 PM | Show all posts
Tak puas hati Jurey menang Pengarah Harapan. Libas memang ke laut

Mengharapkan Khir Rahman (Dalam Boto) yang menang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:38 PM | Show all posts
Reply 84# haiku


haiku kat majlis tu ke sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:46 PM | Show all posts
Reply  haiku


haiku kat majlis tu ke sekarang?
IoriYagami Post at 16-11-2011 22:38

Dah nak balik pun   Jauh nye nak berjalan ke car park ni ha ..

Sekian update untuk malam ni ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2011 10:47 PM | Show all posts
ala. serius ke takde kat tv1? ala, terlepas la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:51 PM | Show all posts
Reply 80# haiku


   mmg dah rasa lagu Sedetik Lebih bleh menang. prefect combination antara vocal anuar zain dan lagu nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 11:28 PM | Show all posts
FFM ni BORING. Apa maksud Filem Festival MALAYSIA? Generally, in simple terms, filem Malaysia yg dipertandingkan. Tapi aku tgk kenapa langsung tak adil? You want the best, perlu tahu motivation & reason FFM. To find the best filmmakers in Malaysia. Dah faham kan.

So kenapa nasi lemak 2.0 takde! Kenapa kalau ckp English lebih sikit, cina lebih sikit x boleh bertanding? Bukan English tu kira 2nd language Malaysia ke? Bukan cina bahasa yg common ke kat Malaysia? Kalau nak racist, nak melayukan sgt FFM ni then it is not filem festival Malaysia ttp filem festival MELAYU. Karya arwah Yasmin Ahmad pun ditindas sbb bukan 60% Malay 40% foreign language. Habis yg cina India kat Malaysia ni tgk cerita tempatan 100% melayu x bising, bila diorg buat filem dlm bahasa diorg, x dpt bertanding pulak. What happened tp 1Malaysia yg kita dok laung-laungkan tu? We are a multiracial country. Please don't be unfair to all the other filmmakers in this country yg nak memperjuangkan filem Malaysia. Nak jugak tgk filem yg bukan melayu bertanding dgn filem2 melayu kita.

Sekian dari seorg insan yg dahagakan 1malaysia yg tak PROPA.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:55 PM | Show all posts
apa2 je la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:02 AM | Show all posts
mungkin akan dapat anugerah khas juri ke untuk nasik lemak 2.0 tu
stok-stok cite camni mmg utk anugerah khas juri

well nama mmg la festival filem malaysia tapi bahasa melayu ialah bahasa utama and bahasa la yang mencerminkan sesebuah negara tu....kalau tgk cite ais kacang puppy love ke contohnya ai kalau xtau tu production malaysia buat mesti ai ingat sengapore punya movie...sgt lah x nmpk malaysia nya filem tu....filem-filem yg berciri malaysia ni ai pun suka tgk tapi imagine kalau main kat luar negara orang xtau pun filem ni asal malaysia...
dan dah organizer FFM tetapkan syarat macam tu nk buat camne kan....

for me language doesn't matter, kalau movie tu bagus tetap bagus..... sapot lah...tgk kat wayang....orang buat filem ni x kejar awards...derang buat sbb minat....kalau tanya namewee tu dia pun xkebulur nak award ni semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2011 08:54 AM | Show all posts
credit gua.com.my


Hikayat Merong Mahawangsa Ungguli FFM 24


Bertemakan ‘Gemilang Filem Malaysia’, Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24) telahpun membuka tirainya dengan majlis perasmian di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, malam tadi. Majlis anugerah yang mengangkat martabat dan karya hasil seni penggiat filem tempatan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

FFM 24 membuka tirai penganugerahannya dengan Malam Anugerah Gemilang Cipta yang menyaksikan 10 kategori dipertandingkan iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.

Seperti tahun lepas, KRU Studios terus mendominasi Malam Anugerah Gemilang Cipta di mana kali ini mereka berjaya membolot 3 trofi menerusi filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik (Yusry Abdul Halim) dan Lagu Tema Asal Terbaik (“Sedetik Lebih” - Edry Abdul Halim).

“Alhamdulillah, saya dapat mempertahankan kategori Lagu Tema Asal Terbaik yang dimenangi tahun lepas. Bagi saya, ini merupakan tiga minggu yang bermakna buat KRU Studios kerana kami berjaya membawa pulang trofi dalam ketiga-tiga anugerah yang berlangsung iaitu Anugerah Skrin 2011  (ASK 2011), Anugerah Industri Muzik 18 dan juga FFM 24.

“Kami dah hasilkan yang terbaik dan semestinya kami mengharapkan titik peluh kami ini dinilai dengan konsisten oleh juri yang profesional. Alhamdulillah, ini semua adalah rezeki KRU Studios pada tahun ini,” ujar Edry.

Bakat pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di ASK 2011, Nadiya Nisaa terus diiktiraf apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita menerusi filem ‘Cun’ pada malam tadi. Manakala kategori Pelakon Harapan Lelaki dimenangi oleh Taiyuddin Bakar menerusi filem ‘Hantu Bonceng’.

Berikut merupakan keputusan penuh 10 pemenang bagi Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM 24:

Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)
Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nisaa - Cun (Tayangan Unggul)
Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures)
Lagu Tema Asal Terbaik: Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios)
Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing)
Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin)
Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead - Multimedia Uni)
Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:09 AM | Show all posts
semalam busan tahap gaban.. very da gomen ..buat tempat terbuka.. goody bag ader baju ujan!! and show hiburan minggu ini RTM lagi semenggah!!! tak silap mek time umum pengarah harapan si produser kontrobersi siap "menjerit manje"  (ala2 memfukimakila gitu ayatnyer) sebab tak monang n blah !!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:14 AM | Show all posts
Reply 93# samshik

"she" shouted???
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply  samshik

"she" shouted???
mimi77 Post at 17-11-2011 09:14



    Dats was what my fren told me .. mek tak pasan but my fren cuit my lengan n cakap .. "omg, she pissed of man!!" wallahualam la .. sebab time mek toleh .. die dah blah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:19 AM | Show all posts
Reply 95# samshik

dia kecewa la tuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 09:35 AM | Show all posts


Kukubesi yang memenanangi anugerah cipta Poster Terbaik membawa
pulang wang tunai RM10 ribu bersama sijil & trofi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060394 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list