CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5188|Reply: 43

Rahsia Mek Mas terbongkar

[Copy link]
Post time 16-10-2011 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Segelintir remaja berasmara di sebalik rimbunan pokok ru di Pantai Cahaya Bulan





[size=0.85em]■ MAD Rifin menunjukkan kawasan yang sering jadi tempat pasangan remaja lepak di Kampung Mek Mas dekat Pantai Cahaya Bulan.




KOTA BHARU: Rimbunan pokok ru yang ditanam Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelak tsunami dan hakisan di Kampung Pantai Mek Mas, dekat Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, kini disalah guna remaja sebagai kawasan mereka melakukan maksiat. Kawasan tanaman ru itu yang mempunyai daun rendang dengan ketinggian antara 15 hingga 20 kaki dikatakan sebagai kawasan selesa dan tersembunyi daripada pandangan orang awam untuk remaja melakukan maksiat. Tinjauan Berita Harian ke Kampung Mek Mas, mendapati pokok ru di kawasan seluas lebih lima hektar itu rendang dengan daunnya yang lebat mencecah tanah, menjadikan kawasan itu tersembunyi walaupun ia berhampiran pantai.

Keadaan itu bagaikan tempat menyeronokkan kepada remaja melempias nafsu atau mengambil dadah.

Tinjauan bersama beberapa penduduk kampung yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKP) menemui botol minuman, mancis, kondom dan tikar buruk, dipercayai digunakan remaja untuk melakukan kegiatan tidak sihat itu.

JKKP Pulau Kundor, Mad Rifin Mamat, 59, berkata beliau sering terserempak pasangan remaja keluar masuk dari rimbunan pokok ru itu.

JKKP Mukim Che Latif, Razali Dollah, 47, berkata beliau kesal dengan segelintir remaja yang dipercayai dari luar kampung datang melakukan maksiat pada hujung minggu.

JKKP Kampung Tikat, Enchek Mohd Zakri Che Omar, 40, berkata dia pernah terserempak pasangan remaja keluar dari rimbunan ru ketika beliau bersama belia mukimnya bersukan.

Penduduk Kampung Mek Mas yang juga Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Roslee Maidin, 40, berharap JHEAIK memantau kawasan itu kerana ru itu ditanam untuk mengelak tsunami, namun ia disalahgunakan remaja tidak bermoral.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pejabat Perhutanan Kelantan, Azmer Mohamad, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum dengan kejadian itu dan meminta kerjasama JKKP Mukim Pantai Mek Mas supaya memantaunya sebelum membuat laporan kepada bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).

Katanya, Pejabat Perhutanan Kelantan membelanjakan lebih RM300,000 bagi menanam pokok rhu di kawasan seluas 21.2 hektar termasuk Pantai Mek Mas, Pulau Kundor, Kota Bharu dan Bachok sejak 2005.

"Tujuan kami ialah untuk menghalang hakisan pantai selain bagi mengelak berlakunya ombak besar tsunami kerana rhu adalah sejenis pokok yang kuat dan boleh menghalang kejadian ombak besar," katanya di sini, semalam.

Azmer berkata, pokok bakau juga di kawasan 87.42 hektar dengan peruntukan RM700,000 iaitu di Pulau Kundor, dekat PCB dan Pantai Geting, Tumpat bagi tujuan sama kerana negeri ini sering terdedah kepada ombak besar dan hakisan.

@ elok masa tgh merendek tu tsunami besar datang!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 09:00 AM | Show all posts
dimana ada port.....disitu ada projek.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:09 AM | Show all posts
berani btol bdk2 skrg ni...tempat awam pon jadik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:09 AM | Show all posts
pelik betul dgn remaja skrg..next yr mesti byk lagi kes buang baby
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:15 AM | Show all posts
kat mane2 pn banyak je kes2 macamni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:17 AM | Show all posts
tak serik2 lagi diorg nih...makin byk kempen kesedaran...makin rancak lak nak menutuh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2011 09:18 AM | Show all posts
srnot sgt la beromen dlm semak nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply 5# ladygempak


betul tu...
selagi ada napsu...kat dlm jamban pun jadik...

tapi dah berita tu kebetulan dari KB...maka ramai la nanti yg pandang sinis...kan!

tunggu je lah berita buang/bunuh anak2 makin menjadi2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 09:20 AM | Show all posts
tebang aja la pokok2 ni semua...atau cantas dahan yang melayut ke bawah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 7# TanSriJess

ntah...

dgn nyamuk...pacat (ada ke?) seronok kot! ada thrill!


atas tilam gak best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply 9# mierrr

gud idea kan...

napa lah pihak berkenaan tak terpikir nak buat sesuatu...


mungkin lepas ni tak ada lagi dahan2 yg berjuntai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply  TanSriJess

ntah...

dgn nyamuk...pacat (ada ke?) seronok kot! ada thrill!


atas t ...
cakkobeng Post at 16-10-2011 09:22 AM



    bkn thrill yg dicari...tp memang sengkek nak mengesex tp jantan/betina xdak duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:29 AM | Show all posts
bkn thrill yg dicari...tp memang sengkek nak mengesex tp jantan/betina xdak duit
TanSriJess Post at 16-10-2011 09:24


yup...betul tu TSJ...sengkek punya pasal sanggup bermiang2an bawah pokok aje...

ntah2 remaja purba pun join da club bawah tu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply  mierrr

gud idea kan...

napa lah pihak berkenaan tak terpikir nak buat sesuatu...


...
cakkobeng Post at 16-10-2011 09:24



  yela...daripada duk menceceh ...mengomel...tetap juga pasangan lalok tu memadu asmara....kalau pokok tu ditanam bertujuan penahan hakisan pantai...cantas ajala dahan2 yang melayut...

elok tengah2 buatprojek dipatuk ular laut...tak ke naya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 09:31 AM | Show all posts
yela...daripada duk menceceh ...mengomel...tetap juga pasangan lalok tu memadu asmara....kal ...
mierrr Post at 16-10-2011 09:29


haha
elok sgt kena patuk ngan ular...

lebih bagus kalau ular sawa...belit terus 2 ekor mangkuk ayun yg tgh menghayun tu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:32 AM | Show all posts
tgh tunggu caprut minang drebar van tm masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2011 09:33 AM | Show all posts
haha
elok sgt kena patuk ngan ular...

lebih bagus kalau ular sawa...belit terus 2 ekor  ...
cakkobeng Post at 16-10-2011 09:31



   menyusahkan ular sawa aja...nak belit..nak ngap...tambah2 ular sawa kecik..tak pasal2 kena tangkap balik..

baik ular laut...bisa dia kuat..terus kojol...





Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:37 AM | Show all posts
Ingatkan sape la mek mas ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:40 AM | Show all posts
nti tunggulah berita buang bayi kt sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 09:52 AM | Show all posts
dh kurang satu port wt maksiat, pasni dia org kena cri port baru lak...org tanam pokok sbb nk mengelakkn hkisan tsunami smua tu...patut kt pokok tu letak signboard 'dilarang beromen di bwh pokok'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076081 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list