CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1149|Reply: 12

Israel Tunduk Tuntutan Hamas

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Setuju tukar 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Yahudi

BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel akhirnya tunduk dengan syarat pergerakan Hamas  yang mentadbir Gaza kelmarin apabila bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Israel yang kini ditawan kumpulan pejuang itu, Gilad Shalit, sekali gus menamatkan antara isu paling sensitif antara kedua-dua belah pihak.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang meminta Kabinetnya meluluskan pertukaran itu selepas menerima  tekanan dalaman berterusan untuk membawa pulang Shalit, berkata anggota tentera itu akan bersatu semula dengan keluarganya dalam tempoh terdekat.


Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyambut baik perjanjian itu, yang menyaksikan Mesir dan Jerman bertindak sebagai orang tengah, melepaskan tembakan sebagai meraikannya.

Perjanjian yang sebelum ini  berulang kali menemui kegagalan untuk membebaskan Shalit sejak ditangkap pada tahun 2006, tidak memberi kesan secara langsung kepada rundingan damai Asia Barat.

Prospek memulihkan keamanan di wilayah  itu dibayangi permohonan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara merdeka Palestin dan meminta tindakan meluaskan penempatan penduduk Israel dihentikan jika mahu rundingan dimulakan sekali lagi.

Sumber yang terbabit dalam rundingan berkata, perjanjian itu disarankan Mesir dan ia dijangka  memperbaiki sedikit hubungan rejim Zionis dengan Kaherah yang berdepan masalah sejak kejatuhan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak.

Pemimpin Hamas, Khaled Me-shaal, berkata Israel akan membebaskan 1,027 banduan dalam dua peringkat. Dalam masa seminggu, 450 akan ditukar untuk mendapatkan semula Shalit dan yang lainnya akan dibebaskan dua bulan kemudian. Dua puluh tujuh wanita antara yang bakal dibebaskan.

Dalam kempen yang dilancarkan ibu bapa Shalit untuk membebaskannya, saudara mara penduduk Israel yang maut dalam serangan penduduk Palestin, melobi Netanyahu tidak menyerah kalah kepada Hamas dengan membebaskan tahanan Palestin.

Ada kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Mereka dianggap wira dan digelar penduduk Palestin perjuangan menentang pencerobohan Israel dan memohon penubuhan negara berdaulat.

“Kami gembira dengan penca-paian ini dan amat bersyukur. Bagaimanapun, kegembiraan kami bercampur sedih kerana tidak mampu mendapatkan kebebasan untuk semua tahanan,” kata Meshaal dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen dari Damsyik.

Televisyen Israel memetik Netanyahu sebagai memberitahu ibu bapa Shalit sejak berkuasa tiga tahun lalu dia menunggu peluang membuat panggilan telefon untuk memberitahu mereka mengenai perjanjian itu.

Keluarga Shalit yang mendirikan khemah sebagai tanda protes berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis selama beberapa bulan, menuduh dia tidak cukup berusaha membebaskan Shalit. – Agensi



TAKBIR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2011 09:29 AM | Show all posts
Apa komeng puak2 Maideen ? Tak kan senyap jer ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:32 AM | Show all posts
1 tentera yahudi lebih berguna dari 1000 tahanan puak unta berjubah tu

long live yisrael!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2011 09:35 AM | Show all posts
Bagi haku kalau betoi2 perangai Yahudi biaq mampos sekoq tu dari selamat seribu tahanan . Kot2 Israel dah tak mampu nak sara 1000 orang Palestin ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:44 AM | Show all posts
betapa tinggi nya nilai nyawa seorang tentera Israel........
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 09:56 AM | Show all posts
betapa tinggi nya nilai nyawa seorang tentera Israel........
Marsyal Yau Post at 13-10-2011 09:44


kualiti tuh, tu sebab beratus juta Ereb tak boleh nak lawan Medinat Yishrael yang cuma 7juta....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by pyropura at 13-10-2011 13:13
long live yisrael!!
MrRothschild Post at 13-10-2011 09:32


  ישראל ביתנו‎
‎

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2011 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Muntz at 13-10-2011 13:26

TAKE BEER ...






PADA YAHUDI YANG DI LAKNATI OLEH ALLAH ( LAKNATULLAH )
















Muntz: Jgn pakai font besar sangat.














wokey la ,Dah dekat solat zohor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 01:23 PM | Show all posts
bila anwar sadat buat treaty dgn israel ditembak mati..tp terang2an hamas buat treaty dgn israel ok pulak...rancangan pertukaran ni boleh jadi de facto case yg hamas ikitiraf kewujudan israel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 01:25 PM | Show all posts
hebat Hamas ni, satu-satunya angkatan yang berjaya tundukkan Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 01:39 PM | Show all posts
Bila Hamas iktiraf negara Israel ? Takat tukar tentera jer . Kau jangan silap paham ?



Tak kisah la dengan nisbah berapa orang . asalkan nama tukar tentera
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 01:46 PM | Show all posts
apa susah..dalam penjara israel ada beribu lagi banduan....agak-agak sorang yahud kena tangkap..boleh nego lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 01:51 PM | Show all posts
Wokey . Lepas ni pi la tangkap lagi tentera Israel . Boleh bebaskan lagi ribu2 tentera Palestin yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.312160 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list