CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10704|Reply: 73

Maya Karin temui cinta baru di Paris?

[Copy link]
Post time 11-10-2011 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Maya temui cinta baru di Paris

Rencana dan gambar

NOOR JOHA AHMAD

Maya Karin mengabadikan kenangan di bandar deauville, paris, perancis.



SEPANJANG empat hari di Paris, Maya Karin nampak ceria. Senyuman pada wajah sentiasa terukir, maklumlah dapat berkunjung ke `kota cinta’, Paris.

Kunjungan ke Paris bukanlah pertama dan asing baginya, tapi kunjungan kali ini lebih bermakna bagi Maya.


Maya yang menjadi bintang tamu dalam rancangan Travelog AirAsia bersama Edd Radze sempat ditemubual mengenai kisah lalu yang sedikit sebanyak masih tersimpan di kotak fikirannya.


Kata Maya, semua gosip yang pernah dilempar dan dihadapinya biarlah berlalu. Walaupun tidak boleh dilenyapkan seratus peratus begitu sahaja, Maya percaya apa yang dialaminya adalah salah satu dugaan hidupnya.


“Kalau boleh saya tak mahu bercerita tentang masa lalu saya, kisah perkahwinan yang tinggal kenangan, gosip liar yang mengata saya sebagai perampas kekasih orang, bercinta secara senyap dengan VIP dan sebagainya.


“Perit sungguh semua itu, tidak semudah a,b dan c untuk melupakannya, tapi orang semua tidak tahu perasaan yang saya alami,” kata Maya yang ditemubual sewaktu mengikuti rombongan Travelog AirAsia ke Paris, Perancis, baru-baru ini.


Maka tidak hairanlah jika Maya Karin membawa diri sejak kebelakangan ini ke Amerika Selatan dan menghabiskan percutian ke pulau-pulau peranginan lain.


Menurut Maya, lama jugalah dia makan angin ke luar negara sebelum ke Paris gara-gara nak lari dari segala gosip panas.


“Ternyata ia berhasil, walaupun kenangan pahit masih berbekas di hati.




“Saya tidak mahu lagi menyebut nama-nama individu tertentu, takut nanti semuanya akan berulang lagi.


“Biarkan mereka gembira sekarang kerana dengan redanya gosip-gosip itu setidak-tidaknya diri dan nama mereka tidak disebut-sebut media lagi. Kasihan mereka kerana turut terlibat.”


Biarpun bergelar janda sekarang, dugaan yang dihadapinya semakin mencabar. Dalam waktu terdekat Maya masih belum memikirkan untuk mencari pengganti.


Tidak menafikan dia tetap inginkan sebuah kehidupan sempurna, berumahtangga dan mempunyai anak, tetapi bukan dalam waktu terdekat.


“Saya tidak pernah serik untuk berkahwin lagi. Saya biarkan ia berlalu dan serahkan kepada takdir dan akan terima siapa sahaja jodoh saya.


“Saya pun tak pernah mengatakan serik untuk berkahwin dengan orang bukan Melayu, dan kalau itu jodoh saya, nak buat macam mana,’’ sambungnya lagi.


Mengambil kira hasratnya ingin cahaya mata, berlaku satu insiden di Paris. Kisah berlaku di istana lama, Chateau Versailles, Maya terpandang sepasang suami isteri yang menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.


Dengan tiba-tiba Maya berkata; “Saya harap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, bahagia dan mempunyai anak.”


Nampaknya Maya menyimpan hasrat untuk berumahtangga buat kali kedua dan berhasrat untuk mempunyai anak. Dalam mencari dan menyimpan hasrat murni itu, kota Paris telah menunaikan hajatnya itu.


Ternyata kunjungannya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki Peranchis diidentitikan sebagai lelaki paling romantik.


Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki Peranchis telah berjaya menambat hati Maya.


Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda Peranchis beragama Islam.


Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.


Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan?


Paris yang dikatakan sebagai `kota cinta’ berjaya membuktikan keajaibannya itu kepada Maya Karin.


Bagaimanapun Maya Karin tidak mahu menghuraikan kisah itu dengan lanjut kerana ia masih baru dan terlalu awal untuk diceritakan.


Biarpun hanya Allah yang mengetahuinya, diharapkan hubungan Maya dengan si dia dapat menceriakan hidupnya di masa depan.

---------- Post added at 07:18 AM ---------- Previous post was at 07:17 AM ----------

Kalau dah ada delete je..td cr mcm takde


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 07:57 AM | Show all posts
org cantik ni...sng dpt pengganti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:00 AM | Show all posts
Layaknya taste dia kokesen je ek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2011 08:01 AM | Show all posts
Kan...sape2 reti tepek gmbr dr utusan,tlg tepek ye.maya nampak lbh berisi tp berseri2


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2011 08:02 AM | Show all posts
Layaknya taste dia kokesen je ek. :D
cik.panda Post at 11-10-2011 00:00


lelaki tu duduk je paris tp keturunan algeria which is so common in france..err algerian tu kokesen ke?hehe


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:15 AM | Show all posts
Byk duit si MK ni yer bercuti kesana sini...untung gak jadik retis ni!!! aku ni nak bercuti 2xsetahun pn seksa poket ni rasanya!!!!Tambah ekonomi cenggini..adoyai!!!Lain ler kalo keje stewardess boleh terbang kesana kemari..x yah kuar duit..masyuk duit lagi ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2011 08:24 AM | Show all posts
mesti sheols fefeling berada mcm kat surga.....kan paris tu surga dunia.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:36 AM | Show all posts
bestnya maya......asyik.berjalan aje kejenya. itali, perancis...... family dia pn org senang. kalau x silap family dia buat bisnes furniture kan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 08:51 AM | Show all posts
Kenapa MK cerai dengan husbandnya dulu?

Tertinggal monorail pagi-pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:54 AM | Show all posts
Kalo tastenya dengan kokesyen jugek, alamtlah jodohnya
tak sampai setahun jugek.................
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:58 AM | Show all posts
mamat tu separa botak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:59 AM | Show all posts
boleh tahan la but tak hensem mana
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:59 AM | Show all posts
rendah lagi dari ex dia dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 08:59 AM | Show all posts
kalau betullah mamat tu yang aku nampak dok berjalan dengan dia semalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:00 AM | Show all posts
muka cam arab sikit tapi putih lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:00 AM | Show all posts
gigih aku type sebaris sebaris
motip??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 09:01 AM | Show all posts
artikel nie lagi kemas kot ...


Nampaknya lelaki lelaki Melayu kita masih belum mempunyai peluang untuk memikat hati si jelita Maya Karin.



Maya Karin berada di Paris, Perancis selama empat hari untuk menjalani penggambaran program televisyen Travelog AirAsia di’mana beliau menjadi selebriti jemputan.

Tanpa di’duga, kunjungan singkat ke kota penuh romantik itu membuahkan perkenalan Maya Karin dengan seorang pemuda Perancis beragama Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Maya Karin di’katakan enggan mengulas lanjut tentang hubungan beliau bersama pemuda Perancis ini tetapi mengakui ada hubungan antara mereka berdua.

Satu insiden di Perancis telah menguatkan hasrat Maya Karin untuk memiliki anak & keluarga yang sempurna apabila aktress jelita ini terlihat sepasang suami isteri menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.

“Saya harap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, bahagia dan mempunyai anak,” ujar Maya Karin.
Kami di’sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Maya Karin. Bila mahu bawa pulang kekasih baru?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:03 AM | Show all posts
Bila mahu bawa pulang kekasih baru?samshik Post at 11-10-2011 09:01



kalau ikut kriteria yg dia sebut mamat tu dah ada kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 09:04 AM | Show all posts
mesti ensem ek!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2011 09:15 AM | Show all posts
Gmbr dlm utusan smlm,maya nampak tembam..lol


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067364 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list