CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2903|Reply: 33

Edisi Tentera Sabun main sorok sorok

[Copy link]
Post time 9-9-2011 09:21 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Sekumpulan enam warga asing dari Chennai, India, mempertaruhkan nasib datang ke negara ini sejak setahun lalu dengan menjadikan tempat letak kereta di Seksyen 18, di sini sebagai lubuk mencari rezeki dengan mengambil upah mencuci kenderaan di kawasan berkenaan.

Dikenali sebagai 'tentera sabun' di kalangan penduduk tempatan, kesemua warga asing itu mengenakan bayaran RM5 bagi upah mencuci bahagian luaran kenderaan dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetap mereka walaupun mengakui terpaksa bermain 'sorok dan sembunyi' setiap kali didatangi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Tinjauan Sentral ke lokasi mereka bertugas sejak beberapa hari lalu mendapati, kesemuanya mendakwa enggan bekerja di kilang seperti warga asing lain kerana kerja mencuci kenderaan itu mampu memberikan pendapatan lebih RM150 sehari berdasarkan purata 30 kenderaan yang mampu dicuci.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali Prakash, berkata sejak menjalankan operasi di kawasan letak kereta di situ, mereka turut mendapat 'kontrak' mencuci harian di kalangan pemilik kenderaan yang bertugas di beberapa pejabat dan kedai di kawasan berkenaan.

"Selain pelanggan harian, kami juga mendapat upah mencuci kereta secara kontrak di kalangan pemilik kenderaan yang bekerja di kawasan ini. Cuma kami selalu berhati-hati dan terpaksa lari jika penguat kuasa (MBSA) datang membuat pemeriksaan," katanya yang fasih berbahasa Malaysia.

Prakash, dipercayai mengetuai kumpulan enam lelaki itu mendakwa mereka kini tinggal menyewa di sebuah flet milik penduduk tempatan di Seksyen 19, kira-kira satu kilometer dari tempat mereka mencari rezeki dengan bayaran sewa sebanyak RM650 sebulan.

"Kami datang bekerja menaiki basikal dan mesti sampai di sini sebelum jam 9 pagi. Kami mesti sampai awal di sini sebab kebiasaannya pada awal pagi penguat kuasa belum datang membuat pemeriksaan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya bekalan air yang digunakan untuk mencuci kenderaan, dia mendakwa mendapat kemudahan itu daripada pili air milik sebuah kedai berdekatan dengan dikenakan bayaran tertentu dan tidak berdepan masalah menggunakannya sejak setahun lalu.

"Air untuk mencuci kereta kami sewa dari sebuah kedai tapi sabun dan pengilat tayar kami dapat daripada pembekal yang datang. Dalam sebulan kami menggunakan sekurang-kurangnya enam liter sabun dengan harga RM200 termasuk pengilat tayar," katanya.

Tentera sabun seramai enam orang itu bukan asing di kalangan penduduk tempatan dan pemilik kenderaan di kawasan letak kereta berdekatan sebuah pasar raya besar itu kerana sering menawarkan perkhidmatan kepada setiap pemilik kenderaan tanpa malu.




p/s: bisnes cuci kereta ni dah macam dikuasai oleh pendatang2 ni. tak kisah la kat stesen minyak atau pun yang bawa baldi berbasikal, lap2 keta pelanggan tetap mereka. . .


tapi nape digelar tentera saboon
sos: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...065445/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 09:29 AM | Show all posts
sabunn.. sabun... sabun di bilik mandi sabunnn......
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:32 AM | Show all posts
tu lah, sememangnya negara kita ni mmg lebuk rezeki, pada siapa yg tahu nak cari lah. kena kerja dgn penguatkuasa pun tak pe janji rezeki tu halal. org kita asyik tunggu bantuan...bantuan.....bantuan...........bantuan........bantuan........dari langit ke tujuh!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:35 AM | Show all posts
oh mati mati i ingat tentera sabun ni seorang forumer tentera yg suka main sabun berasal dari kerdau sana... apa nama dia? salib berapi ke hapa ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:41 AM | Show all posts
pelik sgt namanye
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:42 AM | Show all posts
byk juga di kelana jaya.pernah masuk majalah kan? hntr blk ke negeri masing2 rm2k/month
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2011 09:42 AM | Show all posts
ingatkan tentera betul...perumpamaan & gelaran rupa rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:43 AM | Show all posts
org luar gak yg rajin..kalo org melayu buat camni kan bgs..senang2 leh dpt 2-3k sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 09:44 AM | Show all posts
sejak mat sabu jd hot topic nii...segala2 yg sama ejaan dgn sabu..sabun nak jadi cerita...


lepas nii apa plak... kabu?..labu?...sabut...sabuih?...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:47 AM | Show all posts
Cuma kami selalu berhati-hati dan terpaksa lari jika penguat kuasa (MBSA) datang membuat pemeriksaan," katanya yang fasih berbahasa Malaysia.

MBSA je?Imegresen?RELA?Perkeso?SSM?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:50 AM | Show all posts
yer r..kat area umah aku 30 hengget sebulan dia cuci keter 3 x seminggu...so kalau dpt 50 bijik keter pon dia dah untung berapa...lepas tu time dia keje lak time tgh2 malam buta..sebab mostly org bgn pg2 keter dah bersih berkilat2...org kt mau nyer nak wat keje mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:50 AM | Show all posts
alamak ai...pendatang pon dh reti wat duit kat negara kita ni...
dunia sabun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 09:53 AM | Show all posts
tu lah, sememangnya negara kita ni mmg lebuk rezeki, pada siapa yg tahu nak cari lah. kena kerja dgn ...
kenari2101 Post at 9-9-2011 09:32


setuju. . .

rakyat malaysia ni tunggu kena suap je. . . sabsidi ke hulu, bantuan ke hilir. . .
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 09:57 AM | Show all posts
SHAH ALAM: Sekumpulan enam warga asing dari Chennai, India, mempertaruhkan nasib datang ke negara in ...
Omong Post at 9-9-2011 09:21



   apabila mereka ini hidup senang maka mula lah ada ummah melayu islam akan suruh kerajaan pantau dan tidak berpuas hati di atas rezeki orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:00 AM | Show all posts
pendatang pun tahu cari mkn kat negara kita nih...kat aprtmnt aku ada sorg bangla ambik upah cuci kereta 3x /seminggu rm60 (siap vacuum,kilat)pelanggan dia 40 org (40buah kereta)=rm2400....waktu operasi ptg-midnight..weekend pagi2 aku tgk dia dah cuci kereta org..
pkl 8-6ptg kerja kat kedai runcit..gaji rm800..

org kita mana nak kerja cmni..xglamer katanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:01 AM | Show all posts
tu lah, sememangnya negara kita ni mmg lebuk rezeki, pada siapa yg tahu nak cari lah. kena kerja dgn ...
kenari2101 Post at 9-9-2011 09:32


org kita manja2...hampir semua kerja org buatkan hatta yg ringan2 pn

kemas rumah-maid, basuh, iron baju-maid/hantar dobi, cuci kereta/motor-bangla/kedai cuci, makan-minum-mamak/restoran, anak-maid/nursery, potong rumput tepi rumah  etc....byk benda lagi yg kita perlu bergantung kat org lain utk buatkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 10:02 AM | Show all posts
wah!!tentera sabun...istilah baru uOlls...anyway...gegeh mrk menchari sesuap nasi
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:08 AM | Show all posts
okla tu. Pendatang asing carik rezeki bebetul, local pulak carik rezeki rompak dan ragut. Pastu tuduh pendatang asing punya kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:09 AM | Show all posts
malaysia ni memang banyak peluang pekerjaan cuma nk rajin k x nak je....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:17 AM | Show all posts
kalo dorg x buat sape lg mau buat? tp yg x best sbb dorg yg own.. bukan org tempatan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081578 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list