CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8144|Reply: 121

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Bina Menara 15 Tingkat

[Copy link]
Post time 7-9-2011 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Bina Menara 15 Tingkat


2011/09/06SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.

Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin, berkata menara itu yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.



"Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
"Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini," katanya.

Beliau berkata, 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium.

Kamal Amran berkata, selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah.

"Kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada 2013," katanya.

Beliau berkata, pembiayaan menara itu datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains.

"Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2011 12:17 AM | Show all posts
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)                                                                                       

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:17 AM | Show all posts
tanda-tanda nak dekat kiamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 12:17 AM | Show all posts
Mulia sungguh Majlis Agama Islam N. Sembilan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 12:20 AM | Show all posts
Lepas ni jangan sampai ada umat Islam yang murtad
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:36 AM | Show all posts
Tumpang tanya sikit . Apa punca utama pendapatan Majlis Agama Islam ?

Wang Zakat atau harta wakaf ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2011 12:40 AM | Show all posts
...adakah dengan bangunan 15 tingkat itu akan menambah bilangan para kapir yang akan peluk islam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 12:44 AM | Show all posts
org miskin berlambak pegi minta sodokah kat gereja si MAINS ni pegi bazir duit buat menara bagai. sungguh cilaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2011 12:45 AM | Show all posts
Tumpang tanya sikit . Apa punca utama pendapatan Majlis Agama Islam ?

Wang Zakat atau harta wakaf ...
Linglu Post at 7-9-2011 00:36


Punca dia dari derma akak pink Rosmah Kementot  tu ler . Nak harap dari duit zakat dan harta wakaf berapa sen sangat yang Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:25 AM | Show all posts
hidup agama islam dibawah UMNO..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:41 AM | Show all posts
standard...adat didahulukan islam diutamakan
org chart kechik cenonet...buat menara 15 tingkat
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 06:48 AM | Show all posts
lepas ni syiar islam berkembang, leh reserve 3 floor utk pejabat astora jabat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 07:28 AM | Show all posts
MAINS (BUKAN MAIN-MAIN)        18 Ogos 2011

                                                 


Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS ) telah mengeluarkan kenyataan akhbarnya mengenai isu pujukan pihak gereja terhadap Nur yang telah keluarkan oleh di Berita Minggu (m/s 6) dan Harian Metro (m/s 14) bertarih 7 Ogos 2011 (Ahad)


1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.



2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suaminya turut bertanggungjawab menguruskan keperluan dan persekolahan anak-anak mereka.

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.



6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.


7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.


8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.





Sekian.

Kamal Amran b. Kamarudin
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
12 Ogos 2011 / 12 Ramadhan 1432


Petikan Sg Rapat Online
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2011 07:31 AM | Show all posts
MAINS tidak bersalah . Yang bersalah hanya umat Islam sahaja . Tugas MAINS hanya terima duit sahaja .

Cakap macam bangau O bangau . Mengapa engkau kurus .
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 07:54 AM | Show all posts
harap lepas ni takde lagi rakyat nogori 9 yg merempat di Hulu Langat dan minum air sabsidi kerajaan Selangor.... MAINS boleh tumpangkan dia kat salah satu tingkat menara tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:07 AM | Show all posts
18 Ogos 2011

                                                  

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS ) telah mengeluarkan k ...
Tok_imam Post at 7-9-2011 07:28



   bagi seciput.. ungkit bagai nak rak.. inilah jabatan agama isele malaysia... bangsat jerk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 08:08 AM | Show all posts
harap lepas ni takde lagi rakyat nogori 9 yg merempat di Hulu Langat dan minum air sabsidi kerajaan  ...
gabanzack Post at 7-9-2011 07:54


nogori UMNO susah, kono laa duk nogori PR yg lebih mewah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:20 AM | Show all posts
office mewah tuk officer2 jabatan agama
nnti kalu org minta bantuan..dia kata dah takder peruntukkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:20 AM | Show all posts
tiap hari ada je najis yang nak dihurung langau,

bangunan pejabat pun nak dihurungnya.. ceh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:24 AM | Show all posts
Reply 13# Tok_imam


yang sebenarnya pompuan ni pemalas dan nak cepat idop senang. bukannya jabatan agama tak bagi bantuan, tapi dah memang mentaliti subsidi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.386676 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list