CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 9

Karpal jangan mudah melatah

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2011 10:08 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 16 Julai - Pas yang diserang DAP berhubung keputusan kerajaan negeri Kedah melarang operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti, menegur sikap sekutunya itu terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepatutnya selaku pemimpin tertinggi DAP, Karpal tidak boleh mudah melatah dan menggunakan saluran media bagi mencari penyelesaian dalam isu-isu sensitif terutama, jika ia melibatkan agama.

"Karpal tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak kepimpinan bawahan DAP yang gemar menggunakan media secara terbuka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai isu sensitif, membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

"Tindakan sebegini hanya mengeruhkan suasana. Sepatutnya Karpal mendapatkan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas terlebih dahulu, sebagaimana kami lakukan jika ia membabitkan isu di bawah kepimpinan DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kata dua dibuat Karpal semalam supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Dalam pada itu, Mustafa menyangkal tuduhan pelbagai pihak kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, membelakangkan kepimpinan Pas Pusat ketika memutuskan larangan tersebut.

Katanya, kepimpinan Pas pusat tidak semestinya sepanjang masa mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi jika keputusan larangan tersebut dibuat berdasarkan kuasa prerogatif (hak istimewa) kerajaan negeri Kedah itu sendiri.



Kenyataan di portal DAP
Kedah ban on entertainment outlets during Ramadan - Mentri Besar should revoke decision

I have been in contact with the DAP Kedah State Chairman and Kota Darul Aman State Assemblyman Lee Guan Aik on the Kedah ban on 13 types of entertainment outlets from operating during Ramadan.


Lee reports that Kedah DAP had never agreed to the ban and that the matter was never raised at the Kedah Pakatan Rakyat council level, although it was agreed that matters that might be sensitive to the different communities like the ban on entertainment outlets during Ramadan should be discussed at PR Kedah state council level first.


Lee also clarified that he had never agreed to such a ban in the Kedah State Assembly.

In the circumstances, the Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan should reconsider and revoke the decision to fully implement Kedah State Entertainment Enactment 1997, especially as the previous Barisan Nasional state government had not done so in the 11 years before it was ousted in the 2008 general elections.


DAP leaders will raise and discuss the issue of the Kedah ban on entertainment outlets during Ramadan at the meeting of Pakatan Rakyat national leaders next week.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 10:15 AM | Show all posts
karpal dan dap bercakap atas kapasiti mereka sebagai bukan islam.tentulah mereka tak tahu pasal islam sebagai cara  hidup.

masalah dimalaysia ini bertambah rumit bila org islam dalam umno sendiri pun menentang usaha ini.mereka sngaja memanaskan isu ini,memanipulasi knyataan supaya ada pergeseran antara islam dan bukan islam dan lebih teruk umno cuba memperlihatkan apa yg pas buat itu satu kesilapan.

jika umno sama2 mmberi pnjelasan dan tidak mnjadikan ia satu isu aku rasa bukan islam pun akan paham.senang cakap yg cilakanya dalam isu ini adalah umno.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 10:16 AM | Show all posts
Ini menunjukan PIS ingin menyekat rezeki orang2(non muslim) yang mancari makan di dunia entertainment~
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:03 AM | Show all posts
karpal dan dap bercakap atas kapasiti mereka sebagai bukan islam.tentulah mereka tak tahu pasal isla ...
golok mail Post at 17-7-2011 10:15


ini hal pun salah umno gak? {:1_126:}
kah kah kah.....
terguling aku gelak-gelak.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:05 AM | Show all posts
ini hal pun salah umno gak?  
kah kah kah.....
terguling aku gelak-gelak.....
mr_brown Post at 17-7-2011 11:03


kalau boleh semua nak disalahkan kat umno...
aku pelik daa camne la juak2 ni hidup hari2 dgn hatred mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:08 AM | Show all posts
kalau bukan salah umno nak salahkan parti siam ke????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2011 11:15 AM | Show all posts
salah UMNO kerana semasa negara ni baru dibentuk UMNO takde usaha nak halang aktiviti mungkar daripada awal, malahan UMNO yg turut menggalakkan dan menjadi share holder.

sekarang setelah lebih 50 tahun merdeka, perkara2 mungkar ni telah bertapak dan bersarang menjadi budaya serta kebiasaan menyebabkan sebarang usaha untuk memperbetulkannya menjadi terlampau sukar.


memang pun salah UMNO wakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:26 AM | Show all posts
tulah aku cakap.mmg salah umno.tapi diorang nampak karpal marah pas sedangkan umno tak pernah pun buat apa2.diorang suka tgk karpal marah pas kemudian jaja cerita ni dalam utusan dan tv3 yg dap anti islam.depan org bukan islam plak umno dok cerita pas akan buat macam lagi jika perintah negara.

inilah syaitan paling bahaya.kerjanya supaya org bercakaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2011 11:27 AM | Show all posts
bn x penah wat camtu sbab org umno pn ske g tmpat2 cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 11:40 AM | Show all posts
hampas mmg bodo

enakmen tu dh dibuat sejak bn memerintah lg

mmg ada sekatan pusat hiburan dibuka sejak bn printah kedah lg

cuma tak menyeluruh tanda hormati bukan Islam

bodo bangang puak hampas ni
nk buat,m buat je lah. takut pe kat dap sorang adun tuh!
umno sdiri dh sahkan sokong kptsn hampas
puak hampas jgn tunjukj bangang sgt disini
po'en mak ko sakit pun salahkan umno kot?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.300717 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list