CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7871|Reply: 9

[Tempatan] Pokok tualang 120 tahun 'kebal' akhirnya tumbang selepas empat kali cubaan

[Copy link]
Post time 5-2-2026 03:40 PM | Show all posts |Read mode
GUA MUSANG - "Sudah empat kali kami cuba tebang pokok tualang ini namun gagal, malah setiap kali berbuat demikian mereka yang terlibat akan demam lebih seminggu."

Demikian cerita Pengurusan Trafik kepada projek jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A, Zillullah Zakaria, 30, yang memaklumkan mereka turut mengadakan solat hajat dan bacaan al-Quran sebelum memulakan kerja-kerja menebang pokok setinggi 60 meter di Kampung Sungai Bayu di sini.

Menurutnya, urusan menebang pokok berusia 120 tahun yang didakwa 'kebal' dan mempunyai pelbagai kisah mistik itu berjalan lancar sehingga ia berjaya ditumbangkan dengan sempurna.

Ujar dia, proses menebang mengambil masa sekitar lima jam bermula jam 7 pagi dan tamat sekitar jam 12 tengah hari.

"Pelbagai kisah yang berlaku sepanjang dua tahun perancangan untuk menebang pokok tualang ini, dengan empat kali cubaan yang gagal.

"Sebelumnya pihak Jabatan Perhutanan tidak membenarkan ia ditebang kerana dikatakan sebagai khazanah negeri. Namun selepas kami membuat balik permohonan dan perbincangan melibatkan Jabatan Perhutanan, JKR (Jabatan Kerja Raya), akhirnya ia terpaksa juga ditebang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut Zillullah, proses terbabit terpaksa dilakukan kerana ia melibatkan pembinaan lebuh raya LTU Pakej 2A kerana kedudukan pokok tualang tersebut berada di tepi kaki jalan.

Ujarnya, pokok terbabit tular dalam kalangan orang ramai kerana didakwa mempunyai pelbagai kisah mistik dan kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kemalangan jalan raya.

Sebelum ini tular di media sosial pokok tualang yang berada di laluan Kuala Krai-Gua Musang berhampiran Kampung Sungai Bayu itu didakwa 'kebal' kerana mempunyai penunggu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 03:41 PM | Show all posts
Ada unsur2 mistik kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 03:44 PM | Show all posts
merata jugak dengar kisah mistik psl pokok yg tinggi, saiz pemeluk yg besar2 mcm ni


tp yg ni takde kan binaan2 kt pangkal pokok

klu ada confirm stay nye lahhh

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:40 PM | Show all posts
mesti geng lilit kain menyesal tak lilit kain dulu..
klu tak dapat lagi free tanah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-2-2026 04:40 PM
mesti geng lilit kain menyesal tak lilit kain dulu..
klu tak dapat lagi free tanah

Jauh beno nak pi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lepas i gi kuala krai dah xde pokok ni.. dlm pas raya tu..
Pokok ni ada history kn. Bas express naela dulu2 rempuh dia semua mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2026 08:37 PM | Show all posts
Kesian pokok....

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Map google bertulis pokok tualang angker
Cikpon yg nak bertenggek menara electric x selesa berbanding pokok byk cabang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila baca pasal topic macam ni..klu Ada info menarik..sila share
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:47 PM | Show all posts
Lain kali suruh pelancong dari negara barat tolong tebankan pokok yang di anggap berhantu di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.237576 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list