|
View: 15271|Reply: 9
|
Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberikan kelonggaran, Jumaat balik pukul 2 petang sepanjang Ramadan
[Copy link]
|
|
|
SEREMBAN – Penjawat awam wanita di negeri ini diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal, iaitu pada pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kelonggaran berkenaan hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
“Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, bantuan khas kewangan kepada 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri ini membabitkan peruntukan sebanyak RM17 juta akan diberikan pada 14 March hadapan iaitu sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.
Sumber:– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
negeri lain tak ada keinginan untuk buat kebaikan jugak ker..
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah dan tahniah buat penjawat awam N9...
Itulah rezeki untuk kalian.. maka manfaatkanlah sebaik mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 5-2-2026 11:33 AM
Dah bagi balik awal pi la manfaatkan masa pi masak di rumah jgn keluar rumah petang2 menambah kesesakkan jalan raya, org lain yg balik 5pm belum tentu sampai rumah jam 7pm sbb sesak jalanraya budak balik sekolah la eksiden la param la buffe Ramadan la, hujung2 stay sekitar ofis dan masjid sampai 10 malam baru balik rumah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian penjawat awam lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang. Lepas orang lelaki datang, mereka balik.
maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 5-2-2026 02:43 PM
maksudnya apa? Orang lelaki datang petang ke? kol 2ptg or 1 lebih ke?
balik dari semayang jumaat ?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wAH TAHNIAH PENJAWAT AWAM NISMILAN... dah balik awal jgn gatal keluar pegi param menambahkan sesak jer khuenzzz... ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|