Pearly-Thinaah mara, Soon Huat-Shevon tersingkir
BERNAMA

PEARLY-Thinaah tempah slot separuh akhir Terbuka Artik. FOTO EFFENDY RASHID
Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir pada Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini.
Pasangan pilihan kedua kejohanan itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan beregu Perancis Margot Lambert-Camile Pognante dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi suku akhir kejohanan bertaraf Super 500 yang berlangsung di Arena Vantaan Energia.
Naib juara dunia 2025 itu akan menentang sama ada pasangan pilihan keempat dari Taiwan Hsieh Pei Shan-Hung En-Tzu atau pilihan keenam dari China Bao Li Jing-Zhang Shu Xian esok.
Sementara itu, perjuangan beregu campuran profesional negara dan pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai berakhir selepas tewas kepada pilihan ketiga dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 12-21, 14-21.
Disiarkan pada: Oktober 10, 2025 @ 10:59pm
https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/10/1274143/pearly-thinaah-mara-soon-huat-shevon-tersingkir
|