CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103889|Reply: 833

ASWJ v.s Syiah

[Copy link]
Post time 12-6-2003 01:32 PM | Show all posts |Read mode
salam      

Sudah bertahun di sini, dan telah bertemu ramai orang dengan pelbagai ragam. Mereka tampaknya sering berbeza pendapat dalam banyak hal namun bersatu pendapat dalam hal2 menyesatkan dan mencari salah Mazhab Ahlul Bait a.s aka Syiah Imamiyyah.

Manakala timbul perlbagai tuduhan, caci maki dan kutukan kepada para pengikut mazhab Ahlul Bait a.s ini, para pengikut mazhab ini terpaksa memencilkan diri dan memekakkan telinga atas segala tuduhan. Dalam Forum ini, dengan munculnya beberapa orang yg begitu bersungguh2 berusaha menjatuhkan mazhab Ahlul Bait a.s ini, kegiataan provokasi dan penghinaan dilancarkan tanpa hentinya. Apatah lagi dengan disokong oleh para penyokong yg selama ini "Aku dengar orang kata" "Aku rasa..." dan sebagainya. Mereka dengan bersemangatnya membuka laman2 Syiah semata2 mencari keburukan (bukannya mencari kebaikan, seperti yg diamalkan oleh nahzalus) dan paling menyedihkan ialah membuka laman2 web dan buku2 yg memusuhi mazhab Ahlul Bait a.s! Dengan kesempurnaan akal anda, apakah anda fikir musuh2 anda akan memuji2 anda dan membenarkan anda? tentu tidak bukan? lalu mengapa anda membuka laman2 web yg menghina dan memusuhi mazhab ahlul Bait a.s utk mengenali mazhab Ahlul Bait a.s? betapa tidak adilnya anda!

Namun begitu masih kedapatan rakan2 yg bertindak berhati2 dalam masalah ASWJ-Syiah ini: Baiduri, Darsita, ibnur, Amorist, Antique, Izzan umpamanya lebih bersikap terbuka dan tidak berat sebelah.

Sesetengah kawan kita, lebih suka menimbulkan masalah2 sampingan (seperti fekah) dari menyelami masalah yg lebih utama dan besar dari itu. Tunjang kepada pegangan Islam kita! Kerana terlalu sibuk menyelidiki kesalahan orang, masalah yg tergantung di kelopak mata pun tidak pernah diselidiki dan dikaji. Utk itu, utk pertama kalinya, bill akan membawakan sebuah isu yg sangat serius, yang pasti akan mencetuskan kontroversi dan polemik. Sudah tiba masanya, anda mengetahui apa yg diselindungkan oleh nenek moyang kita dan ahli2 agama dari pengetahuan orang2 awam!

Nasihat bill, gunakan akal anda, bersikaplah terbuka dalam mengkaji perkara ini. Bagi anda yg belum pernah mendengarnya, jangan terburu2 menolak, dan bagi anda yg telah mengetahuinya, berfikirlah dengan rasional dan jangan fanatik.

kebenaran itu kadangkalanya sangat pahit!
Semoga Allah merahmati dan mengampuni kita semua.

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akamu kerjakan."
(Al Maa-idah:8]

p/s: rahmat berterusan keatas pengikut ahlul Bait a.s selepas Rasulullah saaw
dalam forum ini: Irfani, lax, breeze, dad22Alis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2003 01:33 PM | Show all posts
Rasulullah saaw meninggalkan kita semua dan umat selepasnya berselisih faham demikian hebatnya, seolahnya tidak akan pernah lagi akan bersatu. perpecahan ASWJ-Syiah sebagai kelompok terbesarnya, bertitik tolak dari kewafatan Junjungan suci kita saaw. Utk kali ini, sediakan diri anda utk mengetahui, dan menilai pesan serta wasiat Rasulullah saaw kepada kita sebelum baginda saaw wafat. namun terdapat percanggahan antara dua mazhab ini, di mana ASWJ berpegang kepada "Aku tinggalkan kepada kalian Kitabullah (al-Quran) dan sunnahku" manakala syiah pula berpegang kepada "kitabullah dan Ahlul baitku". hadis inilah yg dijadikan rukun pegangan ASWJ dan Syiah. persoalannya, siapa yg benar?


"Aku tinggalkan dua perkara kepadamu yg jika kamu berpegang teguh kepda keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat iaitu Kitabullah dan Sunnahku"  

1- hadis ini tidak diriwayatkan oleh pengumpul 6 kitab sahih ASWJ kerana kekurangan2nya. Susah utk kita berpegang kepada hadis yg sebegini penting bagi sebuah mazhab, apabila para pengumpul hadis tidak mahu memasukkannya dalam kitab2 sahih dan musnad mereka. Hadis ini begitu hebatnya dicanangkan di kalangan ASWJ, seolah2 tidak akan percaya bahawa hadis ini tidak pernah dicatatkan di dalam kitab sahih mereka.

2-Sesungguhnya sumber2 pertama yg meyebutkan hadis ini ialah al-Muwaththa' Imam Maliki, Sirah ibnu hisyam (kitab sejarah), dan as-Sawa'iq al-muhriqah kitab menolak mazhab Syiah oleh Ibnu Hajar.

3-hadis ini ialah hadis mursal dalam kitab Sawa'iq. Hadis ini di dalam Sirah ibnu Hisyam pula telah terpotong sanadnya (mata rantai periwayat hadis ini tidak bersambung). Cetakan lama Ibnu Hisyam, jil.2, hlm.603; cetakan ke3, jil.4, hlm.185; dan cetakan terakhir, jil.2, hlm.221. Menurut Ibnu Hisyam, beliau mengaku memetik hadis itu dari Sirah ibnu Ishaq (sebuah lagi kitab sejarah). namun pengkaji tidak pernah menemuinya di sana (di dalam Sirah ibnu Ishaq) di dalam semua cetakannya! Lalu dari mana Ibnu Hisyam mengambil hadis ini?   

4-Manakala riwayat dari kitab Muwaththa' Imam Malik, hadis ini riwayatnya adalah khabar marfu'! Tidak ada sanadnya, sedangkan hadis2 lain dalam Muwaththa' bersanad. Perawi al-Muwaththa' berkata, "Telah berkata Malik kepada saya bahawa telah sampai berita kepadanya sesungguhnya Rasulullah saaw telah bersabda...." (al-Muwaththa', Imam Malik, jil.2). Sebagaimana anda lihat, hadis ini tidak bersanad, tidak ada rantaian periwayatnya sampai kepada Rasulullah saaw. Walaupun Maliki meriwayatkannya, baik Imam Abu Hanifah, Imam Syafie atau Imam Ahmad Hanbal berpaling darinya.

5-al-Hakim mengeluarkan hadis ini dalam Mustadraknya dengan dua jalur. Dalam jalur pertama  dari Zaid ad-Dalisi dari Ikrimah dari Ibnu Abbas. Jalur ini tidak dapat diterima kerana terdapat ikrimah si pendusta. (ulamak al-jarh wa ta'dil - pengkaji mata rantai hadis- menolaknya). manakala jalur kedua dari salih bin Musa ath-Thalhi, dari Abdul Aziz bin rafi', dari ibnu Salih, dari Abu Hurairah. hadis ini juga tidak lepas dari kecaman kerana menurut Abu said al-Khudri, hadis ini diucapkan ketika Rasulullah saaw sedang terbaring hendak wafat, manakala Abu Hurairah waktu itu sedang berada di Bahrain kerana diutus bersama 'Ala al-hadhrami satu tahun setengah sebelum Rasulullah saaw wafat. Lalu bagaimana Abu Hurairah boleh mendengarnya?

6-Sunan al-Baihaqi menukil hadis ini pada juz 10, hlm. 4, terbitan Dar al-Ma'rifah Beirut, Lebanon. namun sebelum itu, beliau menukilkan terlebih dahulu hadis "Aku tinggalkan kepadamu Kitabullah dan itrah Ahlul Baitku", kemudian barulah menukil hadis "Kitabullah wa sunnati" dari Mustadrak dengan nas.

7-kitab al-faqih al-Mutafaqqih oleh Khatib Baghdadi, jil.1, telah mensahihkan hadis ini; kemudian Syeikh Ansari anggota darul kutub al-'ilmiah Beirut memberikan komen mengenainya. Beliau menukil dua hadis. Yang pertama hadis mustadrak (dari Abu salih dari abu Hurairah) dan   yg kedua dari Saif bin Umar, dari Ibnu ishaq al-Asadi, dari Shabah bin Muhammad, dari Abu hazm, dari Abi sa'id al-Khudri dari Rasulullah saaw. Mata rantai/sanad ini tidak mungkin diterima kerana terdapat di dalamnya Saif bin umar yg telah disepakati kebohongan dan dan kedustaannya oleh ulamak al-jarh wal ta'dil.

8-kitab al-Ilma 'ila ma'rifah Usul ar-Riwayah wa Taqyid as-Sima', karya qadhi iyadh yg hidup pada tahun 479 - 544 H, hasil tahkik Sayyid Ahmad Shaqir, cetakan pertama, penerbit Dar ar Ra's an-Nashirah, Maktabah al-'Atiqah, Tunisia, hlm.9, menukilkan hadis ini dari kitab al-fakih al-Mutafaqqih, yg pada sanadnya terdapat saif bin umar.

a- hadis ini dicatatkan melalui 3 jalur sahaja iaitu dari jalan Ibnu Abbas, Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah. Ketiga2 jalur ini dengan segala kekurangan dan kedhaifannya hanya muncul pada pertengahan abad ke 5 hijrah, iaitu setelah masa Hakim. Dan tidak ada satu kitabpun yg lebih tua dari itu yg menyebutkan jalan2 ini.

b- memandangkan hadis dari jalur ibnu abbas, Abu said al Khudri ditolak, maka tinggal satu2nya ialah hadis dari Abu hurairah. Sekiranya hanya hadis dari Abu Hurairah yg diterima, maka ianya telah menjadi khabar Ahad - hanya seorang sahaja yg meriwayatkannya dan ini berbeza dengan hadis Kitabullah dan 'ithrah Ahlul baitku yg telah mencapai taraf mutawattir (diriwayatkan oleh ramai)

c-ketiga2 sahabat tersebut (Ibnu Abbas, Abu Said al-khudri dan Abu hurairah) telah meriwayatkan hadis "Kitabullah dan 'ithrah Ahlul Baitku" pada abad ke dua Hijrah lagi, contohnya sebagaimana dicatatkan oleh Muslim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 01:34 PM | Show all posts

Kitabullah dan 'ithrah Ahlul Baitku

"Aku tinggalkan kepadamu dua bekal, Kitabullah dan 'ithrah Ahlul baitku"

berbanding dengan hadis "Kitabullah dan sunnahku" hadis "Kitabullah dan 'ithrah Ahlul Bait ku" diriwayatkan oleh kitab2 sahih ASWJ seperti Muslim, Tirmidzi, Ahmad.

Hadis ini telah mencapai taraf mutawattir. Berikut adalah sebahagian perawi dari kalangan sahabat:
1.Ali bin Abi Thalib a.s
2.Abdullah ibnu Abbas
3-Abdullah ibnu Umar
4-Abdul Rahman bin Auf
5-Abu Sa'id al-Khudri
6-Abu Rafi'
7-Abu Dzarr al-Ghifari
8-Abu Syarih al-Khaza'i
9-Abu Qamah al-Ansari
10-Amir bin Abi laila al-Ghifarri
11-Abu Hurairah
12-Abu Hatsim bin Taihan
13-Dhumair bin Asadi
14-Huzaifah al-Yamani
15-Khuzaimah bin Tsabit
16-Jabir bin Abdullah
17-Suhail bin Sa'ad
18-Uday bin Hatim
19-'Uqdah bin Amir
20-Ummul Mukminin Ummu Salamah
21-Ummu Hani binti Abu Thalib
22-Zaid bin Arqam
23-Zaid bin Tsabit
dan lain2

Perawi dari kalangan Tabi'ien
1-Abu thufail 'Amir Watsilah
2-'Athiyyah bin said al-'Ufi
3-Huns bin mu'tamar
4-Harith al-Hamadani
5-Hubaib bin Abi Tsabit
6-Ali bin Rabi'ah
7-Qashim bin Hisan
8-Hushain bin Sabrah
9-'Amr bin Muslim
10-Abu Dhuha Muslim bin Shubaih
11-Yahya bin Ju'dah
12-Fathimah binti Ali bin Abi Thalib
13-hasan bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib
14-Imam Ali Zainal Abidin bin Hussein bin Ali bin Abi Thalib a.s
dll

perawi pada setiap abad.
periwayat sesudah zaman sahabat dan tabiien.
sumber dari kitab 'Abaqat al-Anwar juz pertama dan kedua.

Abad ke 2 - jumlah perawi 36 orang
Abad ke 3 - jumlah perawi 69 orang
Abad ke 4 - jumlah perawi 38 orang
Abad ke5- jumlah perawi 21 orang
Abad ke6   jumlah perawi 27 orang
Abad ke 7 jumlah perawi 21 orang
Abad ke8 jumlah perawi 24 orang
Abad ke9 jumlah perawi 13 orang
Abad ke10 jumlah perawi 20 orang
Abad ke11 jumlah perawi 11 orang
Abad ke12 Jumlah perawi 18 orang
Abad ke13 jumlah perawi 12 orang
Abad ke14 jumlah perawi 13 orang
keseluruhan jumlahnya ialah 323 orang.




HADIS TSAQALAIN 揔itabullah dan 慖trah Ahlul Bait
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 01:39 PM | Show all posts
2- al-Imam al-Hafiz Abi Abdillah al-Hakim an-Nisaburi, di dalam kitab Mustadrak 慳la Sahihain Jil.3, hlm.22, pada kitab Ma抮ifah as-Sahabah, terbitan Dar al-Ma抮ifah Beirut, Lebanon.

Abu 慉wanah meriwayatkan hadis ini dari al-A抦asy Tsana Habib bin Abi Tsabit, dari Abi Laila, dari Zaid bin Arqam yang berkata: 揟atkala Rasulullah saaw kembali dari haji Wida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 01:41 PM | Show all posts
Tanyakan kepada diri anda. Antara kedua ini yg mana lebih sahih? yg pertama tidak langsung dicatatkan di dlam mana2 6 kitab sahih, berbanding yg keduanya. Lalu mengapa ASWJ berkeras utk berpegang kepada "Kitabullah dan Sunnahku" dan menuduh serta menyesatkan Syiah yg berpegang kepada "Kitabullah dan i'thrah Ahlul baitku"?

inilah yg tidak kita ketahui dan telah disembunyikan sebahagian orang dari pengetahuan masyarakat Islam. Anda telah mengetahuinya kini, belajarlah mencari kebenaran. kebenaran bukan dengan semata2 mengikut nenek moyang kita.

"Yang mendengarkan perkataan, lalu mereka mengikut mana yang sebaik-baiknya. mereka itulah orang2 yang ditunjuki Allah dan merekalah orang yang berakal"  (az-Zumar 18)
(Apakah nahzalus akan cuba mencari jalan mendhaifkan hadis2 ini, sesuai dengan kebiasaannya  dalam permusuhannya kepada mazhab Ahlul Bait a.s?)
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 01:55 PM | Show all posts
Salamun alaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu,
Bismihi Ta'ala.

Maaf Bill kerana mencelah,mungkin mengemukakan soalan mengenai Imam Bukhari dan hadis2 palsu ini disini adalah bersesuaian supaya tampak lebih jelas bahwa apa yang Rasulullah Saaw wariskan itu bukanlah sunnahku' tetapi 'Al-Quran dan itrah Ahlul Baitku'.Kerana kedudukan institusi keshahihan Hadis Rasulullah telah di cemarkan oleh sekelompok umat yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan dan akhirnya umat terpesong dan sesat!

Saoaln ini telah ditanya kepada Nahzalulz,Mk atau mereka yang sealiran dengan mereka.Dan buat kali keduanya Irfani menayakan soaln dan penjelasan terhadap Imam Bukhari dan hadis palsu yang wujud dalam kitab-2 dan masyarakat ASWJ.Tentu ramai pengikut-pengikut ASWJ juga ingin mengetahui permasalahan ini yang menimbulkan seribu tanda tanya(macam saudara2 irfani di pelbagai institusi pembelajaran agama ASWJ)

1.'darimanakah datangnya hadis2 yang palsu di dalam kitab ASWJ? dan bagaimanakah Rasulullah Saaw menyuruh umatnya yang terdiri dari para petani,pekrja dan bukan seorang alim dalam Ilmu hadis atau yang tidak pandai membaca sekalipun mengikut hadis-hadis baginda Saaw yang telah dipalsukan oleh sekelompok umat..?'

2.'bagaimanakah zaman sebelum kewujudan imam bukhari,apakah ASWJ tiada pegangan terhadap Ilmu hadith?'

3.'bagaimanakah jika dapat dibuktikan dialam shahih bukhari dan muslim itu terdapat hadis yang dhaif?bagaimanakah kedudukan ASWJ'?

Jelas sandaran kebenaran pada sudut pandangan ASWJ terteletak kepada Imam Bukhari.Kerana Hadis yang dibawa oleh beliau didalam kitabnya 'Shahih Bukhari' tidak dipersoalkan dan tidak ada hadis dhaif(dakwa nahzalulz). Kenalkah ASWJ dengan Imam Bukhari ini?dan  apakah Allah telah mengenalkanya didalam kitab-Nya...?apakah Allah telah mensucikanya?jika Allah tidak mensucikanya..ini bermaksud ia mungkin melakukan kesalahan.Seperti mana periwayatanya terhadap beberapa hadis yang berbau israiliyyat.Bolehkah saudara nahzaluz menerangkan apakah alasan anda?

-Terangkan bagaimana pilihan Allah sebagai hujahNya dipilih kepada Imam Bukhari dan bagaimanakah wujudnya beberapa riwayat yang palsu dan lemah dalam periwayatanya.Ini penting kerana pada sudut pandanan ASWJ 'Al-Quran dan sunnah'-hadith thaqalain ASWJ

wassalam.

[ Last edited by irfani on 12-6-2003 at 01:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Sassaparella This user has been deleted
Post time 12-6-2003 02:24 PM | Show all posts

ingin tahu

assalamualaikum wbt.

terus terang saya beritahu saya tak (berapa) tahu ttg mazhab ahlulbait aka syiah imamiah. Soalan saya ialah:

1) Di negara mana mazhab ni diikuti?
2) Adakah semua fahaman syiah di Iran sama? (syiah imamiah atau yg lain?)
3) Apa pandangan mazhab ni terhadap sahabat2 nabi seperti S. abu bakar r.a, saidina umar r.a, saidina usman r.a, aishah r.a dan abu hurairah r.a?
4) Mengapa ASWJ mengatakan bahawa mazhab ahlulbait ni tak betul? (ini mungkinditujukan kpd mat kampung), asas kpd penolakan itu apa?

Sekian, harap dijawab.

regards dan salam.
Reply

Use magic Report

dad22alis This user has been deleted
Post time 12-6-2003 03:42 PM | Show all posts
salam
selepas selidik hadis2 dari bukhari dan muslim nilah timbul golongan yg dilabel 'anti hadis' .......banyak hadis2 yg pelik2 dan merendahkan martabat nabi dan keluarganya dan menaikkan pula nama'sahabat2 besar'...dan majoriti umat menerima tanpa usul periksa....buktinya....majoriti umat tak pernahpun baca atau tahu akan kitab2 hadisnya....adakah kita ditipu oleh ahli politik dulu...dimana kerja dia buat rakyat dia miskin supaya boleh di beli dan buat rakyat nya bodoh (di suap informasi yang salah) supaya boleh diperbodohkan...takda beza dgn politik sekarang
- wake up...wake up your eyes are open but your hearts are deep in sleep -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2003 09:11 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum, hi Billionaire how are you? Thanks for the info.

Memang menarik kalau bincang mengenai ASWJ dengan Syi'ah ni... Saya pernah ditegur oleh seorang ustaz, katanya jangan menghina keseluruhan puak Syi'ah kerana mungkin ada baki-baki puak Syi'ah yang asal (Wallahu'alam apa maksudnya). Bagaimanapun perbincangan atau perdebatan seperti ini tidak akan selesai sehingga akhir zaman kerana samada sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang memenuhi "ramalan" (prophecies) Rasulullah SAW bahawa umat Islam akan terpecah kepada bahagian-bahagian tertentu... Semua ini telah disebutkan akan berlaku and it's happening...

Susah nak menilai siapa betul dan siapa yang salah kerana kita tidak lagi mempunyai sumber rujukan sehebat Rasulullah SAW, ulama' yang ada pun semakin "pupus".... Saya sendiri keliru, yang sini kata sini betul, yang sana kata sana betul, so saya terpaksa ambil jalan paling logik iaitu bagi permasalahan anti-hadis (samada anti-hadis ini betul atau salah), saya cuma perlu memandang jauh ke Madinah dan Mekah.

Saya cuma perlu bertanya, adakah para imam di Masjidil Haram dan Madinah mempercayai hadis? Adakah mereka berpegang kuat kepada mana-mana ajaran mazhab ASWJ? Sekiranya ya, saya tidak mempunyai pilihan lain selain mengatakan bahawa mazhab-mazhab ASWJ seperti Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hanbali (sekadar memberi contoh imam yang 4 yang terkenal) adalah mazhab-mazhab yang tulen yang diterima Allah kerana sekiranya tidak, masakan Allah mengizinkan para imam di Mekah dan Madinah mengimamkan lautan umat Islam dirumahNYa yang suci itu! Dan kita bukan bercakap mengenai satu atau dua hari tetapi berabad-abad lamanya!

Sorry if my theory is too childish for you guys, I'm just sharing...

Adakalanya semakin kita mencari jawapan sedalam-dalamnya, semakin jauh kebenaran itu daripada kita.... Semoga kita semua berjaya mencari jawapan yang sebenar-benarnya benar sebelum akhir hayat kita.... Yang penting yakin.


WALLAHU'ALAM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2003 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-6-12 02:24 PM:
4) Mengapa ASWJ mengatakan bahawa mazhab ahlulbait ni tak betul?



Rasulullah pergi meninggalkan kita dua perkara iaitu Al-Qur'an dan Sunnah. Mana-mana umat manusia tidak kiralah dari puak atau ajaran manapun, sekiranya mereka merosakkan ajaran asal Al-Qur'an dan sunnah maka mereka adalah tidak betul dan akan dicampak ke neraka jahannam...

Wallahu'alam..

[ Last edited by unik-woman-warr on 12-6-2003 at 09:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 09:50 PM | Show all posts
Adakah mereka berpegang kuat kepada mana-mana ajaran mazhab ASWJ? Sekiranya ya, saya tidak mempunyai pilihan lain selain mengatakan bahawa mazhab-mazhab ASWJ seperti Hanafi, Maliki, Syafi'e dan Hanbali (sekadar memberi contoh imam yang 4 yang terkenal) adalah mazhab-mazhab yang tulen yang diterima Allah kerana sekiranya tidak, masakan Allah mengizinkan para imam di Mekah dan Madinah mengimamkan lautan umat Islam dirumahNYa yang suci itu! Dan kita bukan bercakap mengenai satu atau dua hari tetapi berabad-abad lamanya!


bill harap kita semua dapat menghormati pandangan baik UWW.
--------------------------
salam UWW, bill sihat harap UWW pun sama, dan lama tak ketemu ye.
UWW, kita tidak seharusnya dikelirukan dengan fakta bahawa apabila ASWJ atau wahabi mengusai Madinah dan Mekah, maka ia adalah sebagai petunjuk kebenaran. Kalau begitu, kita semua harus berpindah kepda mazhab wahabi kerana dalam semua mazhab, cuma mazhab wahabi saja yg berkuasa di masjidil haram. Imam Ali a.s berkata:

"Sesungguhnya Deen Allah [Islam] tidak dikenal dari peribadi-peribadi, tetapi ia dapat dikenal dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa penganutnya."
[Imam Ali AS - Bihar Al-Anwar, Juz 68, hlm.120]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2003 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by Sassaparella at 2003-6-12 02:24 PM:
assalamualaikum wbt.

terus terang saya beritahu saya tak (berapa) tahu ttg mazhab ahlulbait aka syiah imamiah. Soalan saya ialah:

1) Di negara mana mazhab ni diikuti?
2) Adakah semua fahaman ...

salam Sas, bill akan cuba jawab dengan ringkas tapi tidak dengan cara terlalu mudah.

1-Negara2 timur tengah seperti Iran, iraq, majoriti penduduknya Syiah. negara2 lain seperti lebanon, bahrain, sebahagian Syria. Lain2 negara termasuk Malaysia, Syiah adalah minoriti malah sangat sedikit.

2-Di Iran, Syiah imamiyyah adalah rasminya, tak berapa pasti kelompok yg lain seperti Ismailliyyah (yg banyak di pakistan)

3-Syiah berpendapat selain orang2 yg tidak dijamin kesuciannya oleh Allah, mampu berbuat salah. Mengenai para sahabat tersebut, Syiah beranggapan bahawa ketiga khalifah yg awal telah merebut hak Ahlul Bait a.s dari jabatan kepimpinan umat. (lihat hadis Kitabullah dan Ahlul Bait yg menunjukkan ahlul bait a.s adalah yg paling layak diikuti selepas Rasulullah saaw). Perkara ini pernah dibincangkan agak panjang lebar di thread "Mengapa Nabi saaw tidak meningglkan pewarisnya". ummul Mukminin Aisyah telah diketahui semua, memerangi khalifah yg sah iaitu Imam Ali a.s sebagai seorang Ahlul Bait. Abu Hurairah mempunyai karektor yg dikritik oleh minoriti ASWJ dan Syiah. malah Abu hurairah sendiri memilih utk bersama Muawiyyah dalam perbalahannya dengan Ahlul Bait a.s. Syiah berpendirian menyokong Ahlul Bait a.s dan menolak musuh2 Ahlul Bait a.s. sebuah hadis yg diriwayatkan oleh ASWJ dan Syiah bahawa menyintai Ali adalah iman, membenci Ali itu adalah kemunafikan.

4-Kerana mazhab Ahlul bait a.s tidak mengikuti salah satu dari 4 mazhab, dan mazhab ini juga menolak sahabat2 yg memusuhi2 Ahlul Bait a.s tidak kira siapapun individu itu. Ini kerana mazhab Ahlul bait a.s percaya tiada kekebalan berdasarkan pangkat dlam islam, kecuali benar2 telah disucikan Allah (spt ahlul Bait a.s lihat ayat Quran 33:33). sayangnya orang2 yg menolak ini tidak benar2 mengetahui hujjah mazhab Ahlul Bait a.s sebelum menyerang dan mengenakan hukuman 'salah' kepada mazhab keluarga Nabi saaw ini.

wassalam

[ Last edited by billionaire on 12-6-2003 at 10:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 07:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh untuk bill dan semua :bg:

Kalau saya tak silap ini thread keempat di forum ini yang dibuka khusus untuk membincangkan isu-isu sekitar Syiah dan Sunni. Tidak dinafikan bahawa tajuk ini agak berat. Ini kerana dalam membincangkan tajuk ini, banyak perkara akan disentuh sebab Sunni dan Syiah merupakan suatu mazhab dan setiap mazhab ada banyak pegangannya samada dalam aqidah, ibadat, muamalah dan sebagainya. Setiap mazhab juga ada ramai tokoh dan mereka ini sejak dari zaman berzaman telah mempertahankan mazhab mereka bermati-matian. Jadi kalau nak bincang bab Sunni Syiah ni, ada banyak tajuk yang boleh dibincangkan.

Walau bagaimanapun, apa yang bill postkan di permulaan thread ini merupakan point asas atau pokok kepada percanggahan antara Sunni dan Syiah. Ada baiknya kalau kita fokuskan dulu kepada permasalahan itu. Selepas selesai bab tu, baru kita pergi ke bab-bab lain.

Saya insyaAllah akan menjawab posting bill itu mengikut kacamata ASWJ berpandukan kepada pendapat ulama' kami berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Cuma diharapkan perbincangan di thread ini kalau boleh kita jadikan ia lebih ilmiyyah dan berbeza dengan thread-thread sebelum ini yang kadang-kadang tu kita banyak bertekak dan kata mengata antara satu sama lain.

Insya Allah semoga kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan hilang jua akhirnya...

Wassalam

[ Last edited by nahzaluz on 13-6-2003 at 07:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 07:11 AM | Show all posts
Saya nak bagi respon ringkas dulu kepada dad22alis.

selepas selidik hadis2 dari bukhari dan muslim nilah timbul golongan yg dilabel 'anti hadis' .......banyak hadis2 yg pelik2 dan merendahkan martabat nabi dan keluarganya dan menaikkan pula nama'sahabat2 besar'...dan majoriti umat menerima tanpa usul periksa....buktinya....majoriti umat tak pernahpun baca atau tahu akan kitab2 hadisnya....adakah kita ditipu oleh ahli politik dulu...dimana kerja dia buat rakyat dia miskin supaya boleh di beli dan buat rakyat nya bodoh (di suap informasi yang salah) supaya boleh diperbodohkan...takda beza dgn politik sekarang
- wake up...wake up your eyes are open but your hearts are deep in sleep -


Punca timbulnya anti hadis ni ada banyak, tetapi saya tidak bersetuju sekiranya anda menyalahkan ASWJ di dalam hal ini hanya kerana terdapat hadis-hadis pelik di dalam Bukhari dan Muslim. Kalau inilah puncanya, di dalam kitab hadis Syiahpun ada hadis-hadis pelik juga, terutama yang menyentuh ttg para Imam anda.

Hanya orang anti hadis sahaja yang pasti kenapa mereka menjadi anti hadis....

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 08:07 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2003-6-13 07:11 AM:
Saya nak bagi respon ringkas dulu kepada dad22alis.



Punca timbulnya anti hadis ni ada banyak, tetapi saya tidak bersetuju sekiranya anda menyalahkan ASWJ di dalam hal ini hanya kerana terdap ...


kerana itu bagi syiah imamiyah dan sejumlah besar perawi hadis mengatakan
'Al-Quran dan itrah Ahlul Baitku' dan bukan 'sunnahku'.Ini tidak beerti sama sekali syiah imamiyyah menolak sunnah Rasul Saaw yang mulia(naudzubillah!)
barangsiapa yang menaati pewaris tersebut beerti mennati Rasulullah Saaw..Rasulullah Saaw mewajibkan umatnya mengikut pewarisnya yang disucikan dan mewarisi Ilmu Baginda Saaw.Kerana itu baginda Saaw bersabda di Ghadir Khum dan dibanyak tempat lagi menegaskan tentang keimamahan yang diwariskan kepada itrah ahlul bayt baginda(Itrah At-tahirah)..

Baginda bersabda di Ghadir Khum:

"Aku telah dipanggil dan hampir aku menyahutinya dan denyutan jantung hatiku kian memuncak di hadapan kalian". Kemudian beliau mengangkat tangan `Ali `a.s sehingga orang ramai melihat keputihan ketiak Rasulullah(s.`a.w.) sambil bersabda: "Wahai manusia! Tidakkah aku lebih aula daripada diri kalian?

Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Wahai Tuhanku, siapa yang aku telah menjadi maulanya, maka ini `Ali maulanya. Wahai Tuhanku, cintailah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya
".

.sebahagian kitab ASWJ yang meriwayatkan hadis ini ialah Al-Khawarizmi  di dalam kitabnya al-Manaqib, hlm. 1301, al-Khatib didlam kitabnya Tarikh Baghdad, VIII,keempat ialah, Ibn Hajr di dalam kitabnya al-Isabah jilid III, hlm. 408 dan.. al- Suyuti didalam kitabnya Tarikh al-Khulafa', hlm. 114..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2003 10:00 AM | Show all posts
bill harap kita semua dapat menghormati pandangan baik UWW.
--------------------------
salam UWW, bill sihat harap UWW pun sama, dan lama tak ketemu ye.
UWW, kita tidak seharusnya dikelirukan dengan fakta bahawa apabila ASWJ atau wahabi mengusai Madinah dan Mekah, maka ia adalah sebagai petunjuk kebenaran. Kalau begitu, kita semua harus berpindah kepda mazhab wahabi kerana dalam semua mazhab, cuma mazhab wahabi saja yg berkuasa di masjidil haram. Imam Ali a.s berkata:

"Sesungguhnya Deen Allah [Islam] tidak dikenal dari peribadi-peribadi, tetapi ia dapat dikenal dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa penganutnya."
[Imam Ali AS - Bihar Al-Anwar, Juz 68, hlm.120]



Thanks for the reply bill, I'm doing pretty good, Alhamdulillah... :bg:

Apa pun bukan begitu maksud saya, saya harap bill faham bahawa saya membicarakan mengenai anti-hadis, bukan mengenai mazhab. Islam adalah satu dan tidak dikongkong oleh mana-mana mazhab. Islam adalah Islam. Kita layak mengikut mana-mana imam yang kita mahu, sekiranya mahu "mengimamkan" diri kita sendiri pun boleh asalkan tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenar...

Apa yang dikatakan Imam Ali itu adalah benar, kerana itulah kita semua harus menilai sesuatu ajaran itu dengan melihat apa yang diajarkan oleh para ulama' (tidak kira ASWJ, Sy'iah atau lain-lain), bukan siapa yang mengajarnya....

Wallahu'alam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2003 10:21 AM | Show all posts
Assalmualaikum bill dan UWW,

Nampaknya thread ni masih 'bersih'.  Harap tak jadi macam thread yg lain tu.

Pandangan saya juga macam UWW.  Tapi saya tak bersetuju kalau bill memecahkan ASWJ kpd wahabi dan lain-lain.  Sebab perbezaan antaranya bukanlah perkara besar.
Ttp perbezaan antara ASWJ dan Syiah sangat besar sehingga para ulama ASWJ tidak membenarkan pengikut ASWJ menjadi makmum kpd pengikut Syiah.  Walaupun perbezaannya tidak melanggar aqidah.
Cara solat pun ada kelainan spt pengikut Syiah ada qunut sebelum rukuk.

Apa yg saya harapkan ASWJ dan Syiah tidak lagi bertegang kerana kedua-duanya adalah Islam.  Perpecahan hanya menguntungkan musuh-musuh Islam.
Ada satu pendapat ulama mengatakan ASWJ dan Syiah nanti InshaAllah akan bersatu dan segala yg bidaah akan ditinggalkan ketika kedatangan Imam Mahdi.  WallahuAlam.




Originally posted by billionaire at 12-6-2003 09:50 PM:
bill harap kita semua dapat menghormati pandangan baik UWW.
--------------------------
salam UWW, bill sihat harap UWW pun sama, dan lama tak ketemu ye.
UWW, kita tidak seharusnya dikelirukan de ...
Reply

Use magic Report

dad22alis This user has been deleted
Post time 13-6-2003 10:55 AM | Show all posts
salam
in respose to saudara nahzaluz

1  alhamdulillah...saya harap the spirit of understanding prevails for matlamat kita adalah mencari kebenaran dan bukan kesalahan
2  mungkin i did not express myself clearly but  i just want to simply highlight that 'anti hadis' or shiah or even kristian are questioning the authenticity of sahih bukhari and rather than saying their books are also wrong its better for u to check and verify thei claim...otherwise we all ends up having the wrong book(loose loose situation)further u claim that the book is authenthic and 2 nd to quran and form the basis for your belief...
3 saya setuju hanya orng anti hadis saja yang pasti  kenapa merka anti hadis
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
Post time 13-6-2003 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by dad22alis at 13-6-2003 10:55 AM:
salam
in respose to saudara nahzaluz

1  alhamdulillah...saya harap the spirit of understanding prevails for matlamat kita adalah mencari kebenaran dan bukan kesalahan
2  mungkin i did not expr ...



dan saya jugak dapat memahami kenapa ada golongan anti hadis walaupun saya bukan dari golongan itu.

kerana, pada saya, hujah dan penerangan mereka amat detail dan terperinci. dan setakat ini, selama sembilan bulan saya merenung dan mengkaji penerangan itu, saya belum dapat satu pun hujah atau nas alquran yang menyangkal pendapat mereka.

oleh itu, untuk tidak merosakkan thread ini, saya telah membuka thred baru mengenai golongan ini. harap para netters sekalian dapat menyumbangkan buah fikiran dan kita bertukar-tukar info untuk kebaikan bersama.

wasalam..
Reply

Use magic Report

Sassaparella This user has been deleted
Post time 13-6-2003 02:39 PM | Show all posts

salam

Originally posted by billionaire at 2003-6-12 10:04 PM:
salam Sas, bill akan cuba jawab dengan ringkas tapi tidak dengan cara terlalu mudah.

1-Negara2 timur tengah seperti Iran, iraq, majoriti penduduknya Syiah. negara2 lain seperti lebanon, bahrain, ...


ok..terima kasih ttg penerangan tu..

Cuma saya masih tak faham kenapa sampai perlu memusuhi para sahabat tertentu. Kita pun maklum bahwa para sahabat bukannya maksum, so kalau ada terlaku kesilapan mmglah wajar. Cuma, kita patut serahkan pada Allah utk buat keputusan. Saya cuma khuatir dalam keghairahan kita untuk mengkritik sahabat2 tertntu, kita tak sedar sebenarnya kita mencelakakan diri kita sendiri. Kerana kita tahu Allah maha pemaaf dan apa yg berlaku di antara para sahabat pun tentu ada hikmahnya utk umat2 seterusnya mengambil pengajaran. Bukan utk kita judge para2 sahabat lalu bermusuhan antara satu sama lain. Sama2lah kita mohon perlindungan Allah dari tipudaya syaitan.

Pendapat saya selagi ssorg itu mempunyai iman terhadap Allah dan menerima Rasuluullah saw, maka kita sangka baik sahajalah pada mereka. Yg penting jaga diri kita sendiri, adakah kita rasa diri kita ni benar2 disukai Allah? Maut akan pasti datang...Di Akhirat kelak segala hijab terhadap persoaln akan terjawab..
Wallahuaklam.

Semoga kita semua dijauhkan dari jadi punca perpecahan ummat Islam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.248536 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list