CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6331|Reply: 1

Perigi Hang Tuah simpan kisah legenda pahlawan Melayu bersihkan diri, rupanya banyak pantang larang dan mitos

[Copy link]
Post time 21-5-2025 02:08 PM | Show all posts |Read mode


SIAPA tidak kenal dengan Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang hebat dan gagah semasa pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15.


Menyingkap sejarah epik hikayat Hang Tuah, nama pahlawan Melayu itu tidak pernah mati sehingga ke hari ini, malah sarat dengan pelbagai kisah menarik yang boleh dibanggakan dalam dunia kepahlawanan Melayu termasuk peninggalan ungkapan keramat 'Takkan Melayu hilang di dunia'.


Uniknya, di Melaka, terdapat sebuah lokasi yang menjadi tarikan pelancongan terkenal dipercayai menjadi tempat persinggahan Hang Tuah untuk membersihkan diri iaitu Perigi Hang Tuah.


Terletak di Kampung Duyong, dalam daerah Melaka Tengah Perigi Hang Tuah menyimpan 1001 kisah yang sarat dengan sejarah.


Terletak kira-kira 6.7 kilometer dari bandar Melaka, Perigi Hang Tuah yang dipercayai berusia lebih 500 tahun sentiasa dijaga rapi untuk tatapan generasi akan datang.


Mengikut kisah orang lama, perigi berkedalaman 1.8 meter itu dipercayai digali sendiri oleh Hang Tuah untuk dijadikan sumber air kepada orang kampung dan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau.


Ada juga kisah mitos yang mengatakan perigi itu dijaga oleh seekor buaya putih dan airnya boleh menyembuhkan penyakit.




Selain itu juga, ada pantang larang yang perlu diikuti oleh pengunjung, yang mana mereka dinasihatkan sentiasa menjaga adab percakapan dengan tidak mencarut kerana dikhuatiri buaya putih itu akan timbul.


Sehingga kini, perigi tersebut masih mengekalkan rupa dan bentuk asalnya dengan batu merah yang lama kekal utuh menandakan perigi tersebut sudah wujud dan berusia lebih setengah abad.


Bagi pelancong yang mahu mandi di perigi Hang Tuah, mereka dinasihatkan berpakaian sopan dan menutup aurat.


Apa pun cerita, mitos atau perkongsian yang didengari janganlah sesekali kita taksub dengan perkara tersebut dikuatirkan jatuh fitnah dan syirik.


Tonton video lanjut Perigi Hang Tuah dalam segmen Nomad di Majoriti dan pastikan anda singgah ke tempat berkenaan jika datang ke Melaka. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2025 10:55 AM | Show all posts
Edited by acidsulfuric at 28-10-2025 10:57 AM

I think it good
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.034845 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list