CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6297|Reply: 4

Anak x mahu minum susu....

[Copy link]
Post time 20-4-2011 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya selalu sr je kat sini. Masalah saya ialah anak saya umur 1 tahun, saya bagi fully bf sampai umur dia 9 bulan. Bila saya kerja saya akan pam susu dalam botol dan dia minum susu tu dengan menggunakan botol susu tanpa ada sebarang masalah. Bila dia umur 9 bulan saya start campur ngan fm sebab pengeluaran kurang memuaskan. Saya bagi dia susu similac. So far dia minum sampai umur 1 tahun dan serasi dengan dia. Tapi bila lepas waktu kerja dan hari cuti, saya bagi dia direct bf. Dia cuma minum fm bila saya kerja sahaja.

Tetapi, bila umur dia 1 tahun saya tukar kan dengan susu gain plus. Dan dari situ bila dia hisap susu tu, terus dia buat muka mcm susu tu x sedap then dia terus tolak x mau minum lagi. Sampailah sekarang dah 3 jenis susu saya tukar masih macam tu juga. Saya dah cuba gain plus, enfagrow original flavour & lactogen. Semalam saya cuba bagi susu fm tu dan bila dia nampak botol susu tu dia macam dah x sabar nak minum. Tapi bila saya start nak bagi susu tu dia dah melalak dah. Langsung x nak buka mulut sampai geleng2 kepala x nak hisap. Nasiblah time lunch saya memang balik rumah, then bagi dia direct bf.

Macammana ye nak buat saya dah x tau dah. Dah lah dia tu x suka makan nasi ke bubur ke. Bila bagi nasi atau bubur siap muntah. Then saya gantikan dengan roti ke biskut ke. Saya risaulah nanti boleh mengganggu tumbesaran dia nanti.

Adakah ini disebabkan susu ke atau puting tu ke? Apa saya nak buat ye. Pening dah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 05:25 PM | Show all posts
Reply 1# rosa81


    puan tak nk cuba fully breastfeed?sbb kesiankan bb yg taknk minum fm. kalau bg bf dia minum kan?saya cadangkan puan bg fully bf jer.kalau pengeluaran susu tak memuaskan cuba amalkan tips ni:

1. kerapkan pam. kalau boleh 3 jam sekali
2. minum air secukupnya sekurang2nya 3 liter sehari
3. kerapkan bg baby direct feeding.
4. cuba try makanan yg membanyakkan susu contohnya minum susu, longan kering, lobak putih etc..actually sy tak makan pun ni sume tp saya mkn supplement utk tambah susu. Kalau rosa81 nk tau info psl supplement ni bolehla melawat kt sini:

http://permatacintaku.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 10:47 AM | Show all posts
Reply 2# fatihanum


    Masalahnya sekarang, susu yang saya perah pun dia x mau minum. Nampak botol susu dia dah menjerit melalak. Dia still tunggu dia punya candu (nenen). Pagi tadi saya cuba pam susu cuma dapat 2oz sahaja. Dah lah kat ofis susah sket nak curi time pam susu, pasalnya kat ofis saya ni mostly chinese. Diorang x tau apa2 pasal fully bf ni. Diorang terkejut bila tengok hasil pam aku dapat penuh satu botol 4oz tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 03:00 PM | Show all posts
Reply 3# rosa81


    atau agaknya dia nk tukar botol kot?cuba tukar botol susu lain?yg menarik perhatian dia sket..mana tau dia nak ke..
http://permatacintaku.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 04:06 PM | Show all posts
mungkin leh try bagi dlm mug or glass...wat sementara waktu...kekadang budak nih ikut mood dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.065770 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list