View: 12221|Reply: 17
|
Peniaga wanita didenda RM2,500 bunuh tanpa niat seorang warga emas
[Copy link]
|
|
IPOH: Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan bunuh tanpa niat terhadap seorang warga emas di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya, minggu lalu.
Majistret Siti Nora Sharif turut menetapkan tertuduh, Siti Nuridah Jumli, 24, yang juga seorang peniaga dihukum penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah hingga menyebabkan kematian kepada Abd Kamar Mat Sarin, 64, di hadapan pintu masuk pasar raya di Klebang, dekat sini antara jam 4.20 hingga 5.30 petang 25 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.
Ketika mitigasi, Gnanarajan berkata anak guamnya berniaga sendiri dengan pendapatan RM3,000 sebulan dan belum berkahwin.
Berdasarkan fakta kes yang dibacakan, laporan perubatan si mati (Abd Kamar) menunjukkan warga emas itu mempunyai masalah sakit jantung dan tidak mendapatkan rawatan di hospital.
Fakta kes menyatakan, Siti Nuridah bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh dengan menampar tepi muka dan belakang si mati sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.
"Terdapat saksi serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan perbuatan tertuduh dan suspek yang masih bebas menampar tepi muka dan belakang kepala si mati dengan tidak mempunyai niat membunuh.
"Laporan perubatan juga menunjukkan bahawa si mati mempunyai masalah sakit jantung dan tidak mendapatkan rawatan di hospital," menurut fakta kes.
Polis sebelum ini mengklasifikasi semula kes pembunuhan dengan niat kepada membunuh tanpa niat.
SUMBER: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu, muda sgt ko dik... |
|
|
|
|
|
|
|
ape la yg d gaduh nye dgn org tua tu ek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pasaraya kat klebang ipoh? Aeon ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah hingga menyebabkan kematian kepada Abd Kamar Mat Sarin, 64, di hadapan pintu masuk pasar raya di Klebang, dekat sini antara jam 4.20 hingga 5.30 petang 25 Oktober lalu.
tak faham ayat ni |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam lalu area tu, husband i tanya- tau tak kes bunuh kat e******* klebang. katanya pakcik tu suka dok kacau perempuan ni , sekali perempuan ni hempuk dengan helmet, terus inalillah.
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la kot kena 2.5k
kalau tak bersebab mcm tak logik sbbkan kematian (tanpa niat) kena bnyk tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 4-11-2024 03:34 PM
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh yang ti ...
GOPOH TIDAK TERJUMPAH.....Awat depa tak nak guna 'skala richter'??? 'Gopoh pada 10 skala richter' camtu... |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 4-11-2024 03:34 PM
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh yang ti ...
Sama..iols baca ulang2 apa ni...tak faham |
|
|
|
|
|
|
|
tamparan wanita, terus ke alam barzakh |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku paham camni. perempuan ni gi tampar arwah tu, tak sangka la plak bila kena penampar sampai meninggal arwah tu. mungkin la kot takde niat membunuh cuma terlampau geram.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah...iols faha konteksnya...cuma ayat tu betul ke cara wartawan tulis tu...mcm pelik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bisa tangan pompuan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian orang mati ni bila timbul cerita2 tak baik sebab orang dah mati ni tak boleh nak bela diri dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagi sorang yang bebas tu siapa |
|
|
|
|
|
|
|
teruk ya bahasa artikel ni. BM campur indonesia campur brunei |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 4-11-2024 03:34 PM
Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh yang ti ...
Bahasa undang²
Bertindak gopoh yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah hingga menyebabkan kematian
Dari terjemahan
Act recklessly which does not amount to wrongfully killing people to cause death |
|
|
|
|
|
|
|
It could be me.. i pun pernah pukul pervert bangla yang raba i kat LRT...nasib dia lari sebab i masih tak puas hati..i nak tolak dia sampai jatuh dan nak tendang kepala.. waktu muda i ganas giler |
|
|
|
|
|
|
| |
|