CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6128|Reply: 6

[Tempatan] Astaghfirullahalazim

[Copy link]
Post time 7-11-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-11-2024 03:44 AM

PUTRAJAYA – Seramai 119,410 penagih yang menyalahguna dadah sintetik direkodkan sejak Januari hingga September lalu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, dadah sintetik yang digunakan adalah dalam kategori Amphetamine Type Stimulants (ATS).


Katanya, ia dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan kimia antaranya syabu, ice, dan batu dalam bentuk kristal.


“Manakala, dalam bentuk tablet pula seperti pil kuda, ekstasi dan pil yaba,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada progam Sembang Santai bersama media, di sini, hari ini.


Menurut Ruslin, dadah jenis opiat pula mencatatkan angka kedua tertinggi dengan catatan kes sebanyak 38,854 orang diikuti dadah jenis ganja seramai 6,750 orang dan pil psikotropik pula sebanyak 2,114 kes.


“Berdasarkan statistik penyalah guna dan penagih dadah serta bahan, seramai 169,691 orang telah dikesan mengambil dan menyalah guna bahan terlarang itu di seluruh negara.


“Daripada jumlah itu, sebanyak 162,360 orang adalah lelaki manakala wanita pula seramai 7,331 orang,” ujarnya.


Tambah beliau, kadar penyalahguna dan penagih dadah atau bahan bagi setiap 100,000 penduduk menyaksikan Kelantan mencatatkan jumlah paling tinggi dengan catatan kes sebanyak 980 orang.


“Data ini disusuli dengan Terengganu dengan angka sebanyak 925 orang diikuti Perlis sebanyak 884 orang, Kedah (790 orang); Pahang (704 orang); Pulau Pinang (700 orang) dan Melaka sebanyak 664 orang,” jelasnya. – MalaysiaGazette




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dh sekali try mesti jd selamanya dh xblh stop kan?
i tbyg penagih dada ni busuk kepam keluar hingus, mata merah,rambut kerinting..
tp irl penagih yg kita xsangka sangka...yg kita nampak mcm biasa je rupa gemuk je...tu mcmana pulak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2024 12:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang utagha kuat mendadih?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Balasan sebab terlalu ramai pemimpin assholes holy2 thou art holy?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar je kpd serambi golok..x payah acah2 isley dehh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya org muda dah mati kutu tak tahu nak buat apa kat sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.079069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list