CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 40640|Reply: 47

[Tempatan] Ibu Meninggal Dunia Beberapa Bulan Selepas Bapa Pergi, Aidil Calon SPM Tinggal Di Rumah Sendirian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim beri bantuan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-11-2024 11:14 PM

Difahamkan, Aidil merupakan anak ketiga daripada empat beradik, bapa mereka meninggal dunia sekitar bulan Februari lalu, manakala ibu pula dijemput Illahi pada baru-baru ini.




Remaja terpaksa tinggal di rumah seorang diri selepas kematian ibu bapa
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terpaksa tinggal di rumah sendirian selepas kematian ibu dan bapanya.

Kisah mengenai remaja bernama Aidil itu dikongsikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menerusi akaun media sosial miliknya.

Hilang ayah, selang beberapa bulan ibu pula meninggal dunia
Menurut Marina, Aidil merupakan anak ketiga daripada empat beradik, bapa mereka meninggal dunia sekitar bulan Februari lalu, manakala ibu pula dijemput Illahi pada baru-baru ini.

“Bulan 2 (Februari) kehilangan ayah akibat kanser, baru-baru ini kehilangan mak pula.

“Kakak sulung berusia 19 tahun masih belakar di Kolej Vokasional, kakak kedua pula berumur 18 tahun dan kini berada di Matrikulasi. Adik bongsu pula berusia lima tahun,” kata Marina.

Kerana bersekolah, Aidil terpaksa tinggal di rumah seorang diri
Menurutnya lagi, adik kepada Aidil kini berada di bawah jagaan neneknya, sementara remaja itu pula terpaksa menetap di rumah sendirian kerana masih bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Disebabkan dia bersekolah, maka duduk sendiri di rumah yang dipenuhi gambar kenangan ibu bapa di dinding,” katanya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan, Marina turut menyatakan bahawa remaja terbabit juga menghidap penyakit kencing manis.

Bayar jiran untuk sediakan makanan pada Aidil setiap petang
Difahamkan, Marina telah mengupah jiran kepada Aidil untuk memasak dan menyediakan makanan kepada remaja terbabit pada setiap petang untuk memastikan dia mendapat makanan yang sihat.

Ujar beliau lagi, Jabatan Kemajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal juga akan menghulurkan bantuan terhadap Aidil.

Di akhir perkongsian, Marina turut menyentuh tentang sikap keprihatinan rakyat Malaysia yang berbilang kaum terhadap Aidil

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan adik badik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga adik ni berjaya cemerlang dunia akhirat. Sorang je dia waris laki ye? Yg lain semua perempuan. Berat ujian mereka. Adik yg last tu moga membesar dgn elok. Berkaca kaca mata aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnyaa
dia pulak ada diabetic.
semoga dipermudahkn urusan. dorg adik badik..nsb kakak2 dia menjd.
dia pun hrp2 ok la spm nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 ni. Semoga berjaya dlm pelajaran. Harap ada la yg bagi bantuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2024 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan kamu adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau nengok gambar macam keluarga bahagia je. Rumah tu harap ada keluarga dorang prihatin pasal cukai apa semua. takut kena sita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap pihak bwajib bantu adik bradik ni.
Kakak² yg tgh blajar tu jgn la sampai benti.
Semoga dipermudahkn urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ada waris tolong tengokkan keperluan. Kalau tak mampu provide takpe, asal cara and sudi tolong cari jalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan adik beradik ni..harap kakak2 jgn berputus asa dlm pelajaran dan ada yg membantu dari segi kewangan kerana nk belajar guna duit...iols rasa parents dorg mmg baik2 mementingkan palajaran sbb anak2 semua dididik baik2...cuma kesihatan x menyebelahi..moga dpt jaga kesihatan baik2 ye...good luck spm nnt insyaAllah follow jejak kakak2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp sedihnya dua2 parents pergi dlm tahun yg sama...i hope they are very strong...bila kakak2 abg nmpk kuat, insyaAllah adik yg kecil pun akan kuat juga mengharung cabaran hidup tanpa parents..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Kesiannya Ya Allah semoga adik ni tabah dgn dugaan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya..Berat ujian awak dik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli keluarga waris belah arwah bapa serta arwah ibu perlu main peranan disamping pihak sekolah n jiran tetangga.

Acik doakan adik tetap kuat semangat ya.. SPM x lama lagi.. lepaskan 1-1 urusan dulu ya dik.. jiran tetangga please sentiasa ziarah adik bertanya khabar depan2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 10:22 AM | Show all posts
kesiannya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2024 10:26 AM | Show all posts
kesiannya....kesian jugak kat kakak2 die..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 10:53 AM | Show all posts
gambar kat dinding nampak happy family, parents mcm muda lagi
tetiba tahun ni hilang tonggak2 utama
semoga mereka adik beradik tabah
terutama si abang yg nak amik SPM, mental kena kuat
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
17 tahun tu besar dah dari segi fizikal dan tenaga
Semoga mental Aidil pun kuat .
Boleh berdikari dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:27 PM | Show all posts
kesian.. semoga dipermudahkan nak oii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056567 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list