CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19711|Reply: 2

Video tular tembok konkrit runtuh bukan di Sabah - polis

[Copy link]
Post time 28-8-2024 08:00 AM | Show all posts |Read mode



KOTA KINABALU: Polis menafikan berlaku runtuhan tembok konkrit berhampiran sebuah pusat beli belah di sini, seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, video berdurasi satu minit 18 saat itu tular di media sosial sejak petang tadi, namun ia disahkan bukan berlaku di sini.


Sebaliknya, beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara tetapi ditularkan pihak tertentu kononnya ia berlaku di belakang sebuah pusat beli-belah, di sini.


"Tiada sebarang kejadian runtuhan tanah dilaporkan setakat ini.


"Kita terkesan dengan video tular itu dan hasil pemeriksaan tiada sebarang laporan ataupun kejadian runtuhan tembok konkrit seperti yang tular di media sosial," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sehubungan itu, Kasim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak betul atau berita palsu.


Katanya, perbuatan itu boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.


Terdahulu, tular sebuah video di media sosial berdurasi satu minit 18 saat memaparkan runtuhan tembok konkrit hingga menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 12:18 PM | Show all posts
Netijen kaki sebar video pun bebal.
Sekejap Sabah, aritu kata kat Mutiara Damansara.

Jawapan:
Vladivostok, Rusia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 12:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.199463 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list