CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2494|Reply: 0

Dortmund ke final Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN-PEMAIN Dortmund meraikan kejayaan melangkah ke pentas final Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013. - AFP

PARIS – Tiada apa yang boleh dipertikaikan tentang kejayaan Borussia Dortmund yang mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Pemain pertahanan, Matts Hummels merasakan seluruh pasukan sudah pun ada keyakinan untuk menghadirkan sesuatu dan tidak menganggap Dortmund sekadar bernasib baik.

Kemaraan hasil kemenangan 2-0 secara aggregat ke atas gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi semalam membuka peluang untuk Dortmund mengulangi kejayaan ketika memenangi pertandingan itu pada 1997.

“Sejak perlawanan kedua peringkat kumpulan, kami yakin yang kami mampu mencatat kemenangan dan saya tidak nampak alasan kukuh kenapa kami tidak berhak untuk ke final di Wembley.

“Resipi kemenangan adalah menerusi kejayaan pasukan kami mendapat rentak dan suasana di luar stadium. Saya jarang menjaringkan gol di Liga Juara-Juara sepanjang karier dan sekarang saya berjaya tambah satu lagi gol,” katanya.

Pada aksi timbal balik di Parc des Princes awal pagi semalam, Hummels menjadi wira Dortmund apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-50 bagi menewaskan PSG 1-0.

Sebagai rekod, Hummels merupakan sebahagian daripada skuad Dortmund ketika mereka tewas di final 2013, tunduk 1-2 kepada satu lagi kelab Jerman, Bayern Munich.

Sementara itu, penyerang Dortmund, Marco Reus menjelaskan tiada apa yang boleh menafikan kejayaan pasukan kali ini.

“Kami sudah pun menderita tetapi tiada siapa yang akan bertanyakan tentang bagaimana kami memenangi perlawanan. Percubaan yang terkena tiang tidak lagi penting untuk hari esok dan apa yang diambil kira adalah kejayaan Dortmund ke final.

“Tiada siapa yang sangka kami mampu melakukannya dan kejayaan ini cukup luar biasa. Pengendali pasukan, Edin Terzic juga menganggap kejayaan kami ini mampu membalas semula jasa penyokong yang kekal yakin dengan pasukan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... l-liga-juara-juara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list