CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 0

[Johor] Diserang hingga patah rahang, polis tahan tiga lelaki

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kluang: Polis menahan tiga lelaki dalam serbuan berasingan semalam kerana didakwa menyerang seorang individu di Taman Lian Seng, di sini, Jumaat lalu.

Suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun masing-masing ditahan di Jalan Ladang Nenas, Simpang Renggam, di sini, dan di Iskandar Puteri pada jam 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah tetapi seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Katanya, mangsa yang cedera parah dimasukkan ke Hospital Kluang.


"Mangsa patah rahang dan buku lali, serta mengalami kecederaan di seluruh badan.

"Suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan objek tumpul yang diambil dari bengkel motosikal berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, rakaman serangan itu tular di media sosial.

Serangan berlaku di hadapan sebuah bengkel motosikal memaparkan tiga individu menyerang seorang lelaki tidak berbaju.

Seorang daripada tiga lelaki dilihat menggunakan 'sport rim' untuk memukul muka mangsa.

Dalam rakaman 30 saat yang dirakam oleh orang yang lalu-lalang, mangsa dilihat cuba melarikan diri tetapi dihalang penyerang.

Bahrin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif di sebalik serangan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-tahan-tiga-lelaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.072499 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list