CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8684|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4 pusat hiburan, kedai makan tawar GRO kena serbu

[Copy link]
Post time 4-5-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA wanita warga asing disyaki GRO yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Puchong, awal pagi tadi. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kegiatan haram empat pusat hiburan dan kedai makan di Puchong di sini, dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi ini.

Difahamkan, sebagai langkah keselamatan, premis tanpa lesen itu dikawal ketat melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan dua 'tapisan' pintu kebal sebelum dapat masuk ke dalam premis.

Sementara GRO dijaga wanita yang dipercayai berperanan sebagai 'ibu ayam' di premis yang tidak diletakkan papan tanda perniagaan.

Kelicikan pengusaha pusat hiburan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Op Gegar dan Op Selera, bermula kira-kira 12 tengah malam hingga 3 pagi itu.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, seramai 65 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk 46 wanita berusia antara 20-an hingga 69 tahun ditahan dalam serbuan itu.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 44 warga Vietnam; Bangladesh (11); China (tujuh); Thailand (dua) dan Myanmar (satu).

"Kita turut menahan empat warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki majikan kepada warga asing itu untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media selepas menyertai operasi berkenaan.

Jafri berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Beliau berkata, majikan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1)(d) akta sama.

Katanya, mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Sekiranya proses dokumentasi mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan sah, mereka akan dibebaskan. Ini kerana ada warga asing hanya memegang salinan dokumen, manakala dokumen asal disimpan majikan.

"Manakala bagi warga asing yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan ditetapkan pula akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... awar-gro-kena-serbu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048517 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list