CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4526|Reply: 0

[Sarawak] Dua murid dari Sarawak menang emas pada Pertandingan Matematik Dunia 2024

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Aadra (dua kiri) bersama peserta lain yang menyertai WMC 2024 di UTM, Johor.


Aadra menunjukkan pingat emas yang dimenanginya.

KUCHING: Dua murid Sarawak mengharumkan nama negeri ini apabila memenangi emas pada Pertandingan Matematik Dunia (WMC) 2024 Malaysia semalam.

Berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, dua peserta Sarawak iaitu Aadra Fatihah Mohd Dzulkarnaen dan Lincoln Tie Ung Xing masing-masing memenangi emas bagi Gred Dua pada pertandingan itu.

Aadra yang berusia sembilan tahun merupakan murid Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan.

Manakala Lincoln yang juga berusia sembilan tahun merupakan murid Sekolah Rendah Swasta St Joseph Kuching.



Lincoln menunjukkan pingat emas yang dimenanginya.

Berkongsi kejayaan, Siti Aisyah Ramli yang merupakan ibu kepada Aadra berkata anaknya menjalani latihan selama empat bulan sebelum ke pertandingan tersebut.

“Kemenangan yang dirangkul oleh Aadra bukan satu perjalanan yang mudah.

“Sejujurnya saya sebagai ibunya tidak menjangkakan dia (Aadra) akan menang emas kerana sasaran hanyalah gangsa.

“Apabila diumumkan menang emas, memang tidak disangka tetapi saya gembira kerana usaha dia (Aadra) selama ini berbaloi,” katanya ketika dihubungi.

Aisyah turut berterima kasih kepada guru pembimbing dari Sakamoto Maths Malaysia yang banyak membantu dan meletakkan kepercayaan kepada Aadra dalam pertandingan ini.

Selain emas, enam lagi peserta dari Sarawak masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa bagi kategori masing-masing.

Mereka terdiri daripada Malaeqa Humairah Mohd Noor Nasyrud dan Imran Affandi Ahmad Zaki masing-masing memenangi perak bagi Gred 2.

Jada Ayesha Sabaruddin dan Muhammad Ayden Reza Mohd Syazrul Afandi (gangsa Gred 3), Lorrelle Tie Xin Yi (gangsa Gred 5) dan Maximilian Tie Jin Xing (perak Gred 6).

Dalam pada itu untuk rekod, Malaysia diwakili 10 peserta dari Sarawak dan Kuala Lumpur yang bertanding dalam pelbagai kategori gred.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Sakamoto Educational System Pte Ltd yang diadakan setiap tahun di beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Filipina, Australia dan Indonesia serta Malaysia selaku tuan rumah bagi edisi tahun ini di Johor.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.242184 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list