CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12710|Reply: 0

[Kedah] Isteri ditemui mati dengan kesan cedera di kepala, suami ditahan

[Copy link]
Post time 12-4-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Isteri ditemui mati dengan kesan cedera di kepala, suami ditahan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 12, 2024 @ 11:22am bhnews@bh.com.my




Foto hiasan




KULIM: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat isterinya dengan kesan kecederaan di kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Kematian wanita berusia 61 tahun itu diketahui selepas Balai Polis Sungai Kob, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, menerima laporan kematian mangsa jam 10.43 malam Selasa lalu.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 7.50 malam pada hari yang sama di Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata siasatan awal mendapati wanita itu dimasukkan ke Hospital Kulim jam 9 malam Isnin lalu selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Ladang BMR Batu Putih Karangan di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan seluruh anggota badan dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

"Susulan itu, polis menahan suami mangsa berusia 57 tahun untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd Azizul berkata, suspek direman enam hari sehingga 15 April ini untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.241847 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list