CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6962|Reply: 10

[Dunia] Thailand sedia terima 100,000 pelarian Myanmar​

[Copy link]
Post time 10-4-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Thailand sedia terima 100,000 pelarian Myanmar​Oleh AFP
April 9, 2024 @ 9:54am


Thailand bersedia menerima 100,000 penduduk Myanmar yang melarikan diri dari negara itu, kata Menteri Luar Thailand hari ini, ketika pertempuran berhampiran bandar sempadan semakin memuncak. - Foto fail AFP

BANGKOK: Thailand bersedia menerima 100,000 penduduk Myanmar yang melarikan diri dari negara itu, kata Menteri Luar Thailand hari ini, ketika pertempuran berhampiran bandar sempadan semakin memuncak.

Thailand berkongsi sempadan sepanjang 2,400 kilometer dengan Myanmar, yang terbabit dalam perang saudara sejak junta menggulingkan kerajaan dipilih secara demokrasi pada 2021.

Beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Myanmar menghadapi ancaman paling teruk apabila terpaksa berdepan pertempuran dengan kumpulan anti junta di kawasan yang aman sebelum ini.

"Kami bersiap sedia untuk menempatkan kira-kira 100,000 orang di kawasan selamat di Thailand buat sementara waktu.

"Walaupun tiada pemindahan secara besar-besaran, orang ramai tetap datang ke sempadan," kata Menteri Luar, Parnpree Bahiddha-Nukara.

Thailand tidak menandatangani Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selain tidak membezakan antara pelarian dan pendatang lain.

Sejak beberapa hujung minggu lalu, terdapat laporan tempatan tentang berlakunya pertempuran sengit berhampiran bandar Myawaddy di seberang sempadan dari bandar Thai Mae Sot.

Lonjakan berkala dalam pertempuran di sepanjang sempadan Thai-Myanmar yang panjang itu menyaksikan ramai penduduk melarikan diri buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Parnpree menekankan sempadan kedua-dua negara itu kekal terbuka manakala aktiviti perdagangan masih berlangsung melalui Mae Sot dan ke Myawaddy.

"Tiada pergaduhan dan aktiviti perdagangan masih diteruskan, walaupun ia semakin berkurangan," katanya sambil mendakwa kadar dagangan menurun kira-kira 30 peratus pada tahun lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan junta, Myawaddy ialah lintasan darat ketiga paling sibuk di Myanmar, dengan kira-kira AS$1.1 bilion nilai barangan melalui kawasan itu sepanjang tahun lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Srettha Thavisin dan pegawai peringkat tinggi Thailand bertemu untuk membincangkan isu sempadan.

"Perdana Menteri bimbang jika keadaan menjadi lebih buruk," kata Parnpree.

Ia berikutan kerajaan Thai berkata, ia sudah membenarkan permintaan daripada junta untuk mendaratkan tiga penerbangan `istimewa' untuk menghantar pulang orang.

Sejak 1980an kerajaan Thailand membenarkan puluhan ribu yang melarikan diri dari Myanmar untuk tinggal di penempatan tidak rasmi berhampiran sempadan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah terima tu jgn pulak bior kan diorg diseludup masuk malaysia. Jaga betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangla depa masuk Malaysia nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh caya dgn Siam ni...sejak zaman berzaman Siam ni talam 2 muka..

Zaman Jepun mcmtu jugak...Bagi tentera Imperial Jepun lalu ikut Thailand utk menawan Malaya..

Zaman insurgensi Parti Komunis Malaya pon, Thailand ni jd tempat harbouring komunis hingga tahun 1989..Sampaikan pihak ATM dan PDRM terpaksa menyusup jauh smpai ke Betong..

Skang ni Thailand nk terima 100,000 Rohingya ni..? Pigidahhhh...lepastu nanti Thailand bagi laluan bebas ke Rohingya ni utk menceroboh Malaysia..

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 09:20 PM | Show all posts
Rohingla seberang sempadan Golok dari Siam perot ijo namampos huntok ke tanah ayer tersenyum sinis puaka!

Hari-hari lihat Rohingya masuk Malaysia di Sungai Golok
https://www.kosmo.com.my/2023/03/02/hari-hari-lihat-rohingya-masuk-malaysia-di-sungai-golok/


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 09:28 PM | Show all posts
Ramai "aktivis2" hak asasi manusia yg terpaling prihatin bersarang kat Bangkok.
Just sayin'.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
100,000 Rohingyas
5 tahun kemudian 500,000 Rohingyas dicapai
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 10-4-2024 10:45 PM
izwan_izi replied at 10-4-2024 08:54 PM
Tak boleh caya dgn Siam ni...sejak zaman berzaman Siam ni talam 2 muka..

Zaman Jepun mcmtu jugak... ...


Bila PPH jaga kat Betong utk elakkan komunis, telen ni halau pulak PPH. Telen sayang komunis. Anggota PPH terpaksa jalan kaki pulang ke Pengkalan Hulu. Trak takleh masuk. Berjalan tu pulak bukan mcm jogging. Suasana tegang. Bila2 masa pihak telen boleh lepaskan tembakan. Jahat telen ni.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
TUDIA..manusia untuk dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 10:21 PM | Show all posts
izwan_izi replied at 10-4-2024 08:54 PM
Tak boleh caya dgn Siam ni...sejak zaman berzaman Siam ni talam 2 muka..

Zaman Jepun mcmtu jugak... ...

Yang dok bergaduh sakan dengan tentera Burma kat sempadan siam ni bukan rohingya. Diaorang tu tentera rebels dari kaum Karen, Chin, Kachin, Mon, Shan dsb yang beragama Buddha dan Kristian. Junta tentera di Burma tu kebanyakannya berbangsa Bamar iaitu bangsa majoriti hampir 70% penduduk di Burma tu. Bangsa minoriti Shan misalnya, adalah bangsa yang sama dengan orang siam dan bertutur bahasa siam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 10-4-2024 07:35 PM
Dah terima tu jgn pulak bior kan diorg diseludup masuk malaysia. Jaga betul2.

Sah2 la utk seludup masuk malaysia. Thais ni kan tali barut, xboleh dipercayai. Puak2 ni x jujur n jenis suka tikam belakang. Dlu masa zmn perang, depa ni la bg laluan masuk mlaysia. Sbb tu diaorang x dijajah sbb jd tali barut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064277 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list