CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12903|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ keluar 126 saman kenderaan perdagangan

[Copy link]
Post time 29-3-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
JPJ keluar 126 saman kenderaan perdagangan


BERNAMA



JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan. FOTO BERNAMA



Butterworth: Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini, semalam.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi itu dijalankan unit operasi JPJ Pulau Pinang dengan tumpuan penguatkuasaan di lebuh raya, kawasan perindustrian dan jalan-jalan utama Persekutuan serta negeri.

Beliau berkata, operasi ditumpukan kepada kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

"Tindakan turut diambil ke atas 13 kenderaan barangan mengikut Seksyen 57(1) (b) (Vi) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959 antaranya kesalahan tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan lain-lain kesalahan," menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ, penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.



Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 12:24pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.201349 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list