CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9159|Reply: 1

Frank sasaran Man United, bukan Southgate

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:32 AM | Show all posts |Read mode

FRANK menjadi sasaran Man United. FOTO AFP

London: Manchester United menyasarkan pengurus Brentford, Thomas Frank untuk menggantikan Erik ten Hag di Old Trafford pada musim panas dan bukannya bos England, Gareth Southgate, dedah FootballTransfers.

Spekulasi berterusan mengenai siapa yang berpotensi menggantikan bekas bos Ajax itu di Old Trafford jika dia meninggalkan pasukan pada musim panas, dengan nama Southgate menjadi perbualan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Walaupun bos Three Lions itu diminati oleh Sir Dave Brailsford, iaitu orang kanan Sir Jim Ratcliffe, Southgate tidak menjadi pilihan pengurusan baharu Red Devils.

Pengurus Brentford, Frank dikatakan menjadi pilihan Man United ketika ini selepas dia menikmati tempoh enam tahun yang mengagumkan mengetuai Bees, membantu kelab itu daripada Liga Kejuaraan ke kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.


United pastinya teruja jika dapat menggunakan khidmat ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, tetapi pengendali dari Itali itu dilihat bukan sebagai sasaran yang realistik.

Untuk itu, Frank dianggap sebagai keputusan paling tepat sekiranya khidmat Ten Hag tidak diperlukan lagi.

Frank, 50, mempunyai pengalaman luas melatih prospek muda terkemuka di negaranya, Denmark.

Dia juga mengharungi tempoh tiga tahun di Brondby sebelum berpindah ke England bersama Brentford pada 2018.

Frank yang kontraknya bersama Bees sehingga 2027, menerapkan corak permainan menyerang yang membuatkannya dikagumi oleh semua pasukan EPL.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ted-bukan-southgate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 12:42 PM | Show all posts
Kita lihat pula bagaimana pencapaian Frank selepas ini ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049628 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list