CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4955|Reply: 0

[Dunia] Tentera Israel tembak mati 6 rakyat Palestin tunggu bantuan di Gaza

[Copy link]
Post time 15-3-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Tentera Israel tembak mati 6 rakyat Palestin tunggu bantuan di Gaza

https://www.bharian.com.my/dunia ... ggu-bantuan-di-gaza

Mac 14, 2024 @ 11:13pm


(Gambar fail) Rakyat Palestin dihimpit krisis kebuluran akibat tindakan Israel mengepung dan melancarkan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza. - FOTO REUTERS

KAHERAH: Tentera Israel menembak mati enam rakyat Palestin serta mencederakan puluhan lagi ketika penduduk menunggu trak bantuan kemanusiaan di Gaza City, menurut pegawai Kementerian Kesihatan di semenanjung itu, hari ini.

Pasukan itu melepaskan tembakan ketika rakyat Palestin terdesak mendapatkan bekalan bantuan di Bulatan Kuwait, utara Gaza City, lewat petang semalam, dakwa pegawai kesihatan dan penduduk.

Setakat ini, pihak tentera Israel tidak memberi respons terhadap permintaan untuk komen berhubung insiden berkenaan.

Pada 29 Februari lalu, pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan, tentera Israel menembak mati lebih 100 rakyat Palestin yang sedang menunggu penghantaran bantuan kemanusiaan berhampiran Gaza City.

Rejim Zionis bagaimanapun menuding jari menyalahkan rakyat Palestin mengerumuni trak bantuan terbabit sehingga mangsa dilanggar atau dipijak.

Sementara itu di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, pegawai kesihatan Palestin melaporkan lapan mangsa terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas sebuah pusat pengagihan bantuan, hari ini.

Di Deir Al-Balah di tengah Gaza pula, peluru berpandu Israel mengena sebuah rumah menyebabkan sembilan orang maut, menurut petugas perubatan Palestin.

Selain itu, penduduk memaklumkan, Israel meneruskan serangan udara dan darat sepanjang malam ke atas Semenanjung Gaza, termasuk Rafah yang menjadi lokasi lebih sejuta penduduk berlindung ketika ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan, serangan tentera Israel ke atas keseluruhan Semenanjung Gaza meragut sekurang-kurang 69 nyawa serta mencederakan 110 lagi rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu. - REUTERS

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.197731 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list