CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5262|Reply: 0

[Dunia] Perang kereta elektrik (EV) antara Amerika dan China bermula

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Perang EV Amerika-China bermula

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... rika-china-bermula/

Oleh KOSMO!
8 Mac 2024, 8:15 am


KERETA elektrik buatan China menunggu untuk dieksport ke luar negara di Pelabuhan Yantai, 10 Januari lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan siasatan terhadap kereta elektrik (EV) China untuk melindungi industri automotif Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita RT kelmarin.

White House melabelkan EV atau kereta pintar China sebagai ‘ancaman keselamatan negara’ dan mendakwa bahawa kenderaan tersebut boleh menghantar data kembali ke Beijing.

Paling ketara, White House memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekang industri semikonduktor China menerusi kawalan eksport yang semakin meluas.

Tindakan tersebut dikatakan sebahagian daripada usaha untuk menghalang syarikat-syarikat China daripada memperoleh akses kepada teknologi semikonduktor termaju dan peralatan pembuatan berkaitan di AS.

Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan menyifatkan langkah White House sebagai strategi dikenali sebagai ‘halaman kecil tetapi mempunyai pagar yang tinggi’.

Frasa itu digunakan Sullivan dalam menggambarkan hasrat pentadbiran Biden untuk mengadakan hubungan perdagangan dan ekonomi dengan China tetapi tidak melibatkan produk b berteknologi tinggi.

Sebelum ini, AS terkenal dengan dasar melindungi industri automotifnya dan mengambil pendirian ‘keras’ terhadap sama ada rakan atau pun musuh.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wujud dorongan politik untuk memajukan industri tenaga boleh diperbaharui yang membawa kepada lonjakan permintaan untuk kereta elektrik, bateri, panel solar dan barangan berkaitan lain di seluruh dunia.

Beijing meletakkan China sebagai pengeluar tunggal dan pengeksport tenaga boleh diperbaharui terbesar, malah mengatasi Jepun untuk muncul sebagai pengeksport EV terbesar dunia.

Permintaan untuk kereta pintar China pula semakin meningkat.

Walaupun kereta buatan negara komunis itu dikenakan cukai 25 peratus di AS tetapi harganya masih kompetitif dan lebih murah untuk kenderaan seumpamanya. Bilangan EV buatan China juga meningkat di AS.

China mengeksploitasi kelemahan AS dengan membina kilang pengeluaran EV di negara jirannya, Mexico.

Ia membolehkan kereta buatan China disenaraikan sebagai produk Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan tidak dikenakan tarif yang mahal.

Situasi itu memberi tekanan politik kepada Biden ketika pilihan raya Presiden makin hampir.

Biden kini berdepan seteru politik yang menyeru dasar lebih keras dilaksanakan terhadap China.

Bagi mendapatkan undi pekerja Amerika, Presiden itu perlu menunjukkan bahawa beliau berjuang untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Rentetan itu, Biden menjadikan kenderaan elektrik China sebagai antara agenda kempen politiknya. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066700 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list