CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3783|Reply: 0

[Perak] JTK Perak buka enam kertas siasatan ke atas kilang proses ayam dan produk plastik

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Imigresen mencatat dokumen pekerja warga asing dalam Operasi Bersepadu Gegar Megah Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang di sebuah kilang di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak membuka enam kertas siasatan ke atas dua syarikat di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini hari ini kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd. Ghani berkata, kertas siasatan itu dibuka selepas pemeriksaan dijalankan di kilang memproses ayam dan kilang menghasilkan produk plastik.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada perakuan penginapan pekerja yang merupakan kesalahan di bawah Akta Akta 446. Selain kesalahan itu, majikan juga didapati gagal patuh Akta Kerja 1955 iaitu potongan gaji tidak sah serta potongan gaji melebihi 50 peratus, membayar gaji secara tunai tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah dan majikan gagal melaporkan penggajian pekerja asing.

“Kesemua kesalahan tersebut akan diambil tindakan untuk dibuka kertas siasatan bagi membolehkan tindakan kompaun dan pendakwaan dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Bersepadu Mega Gegar Buruh Paksa dan Pemerdagangan Orang (Op Gegar) di tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi yang turut disertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, pemeriksaan dilakukan terhadap 282 pekerja tempatan dan warga asing.

“Dalam operasi itu, tiada kesalahan dikesan oleh pihak polis dan Perkeso manakala bagi pihak JIM pula, amaran telah diberikan kepada majikan supaya hadir segera ke Bahagian Pekerja Asing Imigresen Ipoh untuk tindakan susulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... dan-produk-plastik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.060049 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list