CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8362|Reply: 0

[Terengganu] Strok halang Amirul sambung belajar di UK

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Wan Murni menjaga Muhammad Amirul Nazmi yang terlantar akibat strok berdarah di rumah mereka di Kampung Jaba, Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Impian seorang ibu tunggal untuk melihat anak lelakinya melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun ini tidak kesampaian apabila remaja terbabit kini terlantar lumpuh akibat serangan strok berdarah dua bulan lalu.

Wan Murni Wan Ngah, 46, berkata, anak keduanya, Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, yang sepatutnya menamatkan pengajian di peringkat A-Level di Universiti Taylor, Subang Jaya bulan depan tiba-tiba jatuh pengsan pada 18 Disember tahun lalu.

“Anak dikejarkan ke Pusat Perubatan Sunway sebelum dirujuk ke Hospital Cyberjaya.

“Luluh hati saya apabila pegawai perubatan yang merawatnya mengesahkan saluran darah pada bahagian otak anak saya telah pecah,” katanya ketika ditemui di Kampung Jaba baru-baru ini.

Wan Murni berkata, serangan strok berdarah itu menyebabkan anaknya kini hanya terlantar di atas katil akibat lumpuh.

Tambah ibu kepada tiga anak itu, Muhammad Amirul juga terpaksa bergantung sepenuhnya dengan susu khas selain perlu memakai lampin pakai buang.

“Dia yang cemerlang dengan keputusan 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sepatutnya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) dalam bidang teknologi maklumat (IT) menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) pada bulan Jun depan.

“Namun, impian itu mungkin tidak kesampaian,” katanya.

Wan Murni berkata, dia kini mengambil cuti tanpa gaji sebagai tukang cuci demi menjaga Muhammad Amirul Nazmi.

“Kehidupan kami banyak bergantung atas ihsan sanak-saudara dan orang ramai. Kami juga dapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank Wan Murni di 7645426650 (CIMB) atau menghubunginya di talian 010 7805482.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... bung-belajar-di-uk/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.634877 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list