CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26944|Reply: 0

[Pulau Pinang] Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis

[Copy link]
Post time 15-2-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Anwar jumpa PKR Pulau Pinang, Kedah, Perlis

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
15 Februari 2024 09:23pm




Anwar mempengurusikan mesyuarat bersama MPN Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.




BUTTERWORTH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri perjumpaan bersama pimpinan PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di sebuah hotel di Seberang Jaya, pada Khamis.

Presiden PKR itu yang tiba pada jam 9.10 malam memulakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis menerusi mesyuarat tertutup dan disusuli dengan mesyuarat bersama MPN Kedah dan Pulau Pinang.



Turut hadir mesyuarat berkenaan, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Bagaimanapun kelibat Pengerusi MPN bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Nurul Izzah Anwar tidak kelihatan di hotel berkenaan.



Sementara itu, dalam lawatan kerjanya sehari di Pulau Pinang pada Jumaat, Perdana Menteri akan memulakan jadualnya ke Jualan Termurah Madani di Bandar Perda pada jam 7.30 pagi, seterusnya beliau akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau seterusnya akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi di Seri Mutiara.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual akan menunaikan solat Jumaat serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai, sebelum mengakhiri lawatannya ke Majlis Pecah Tanah, Taman Perindustrian Batu Kawan dan pulang semula ke ibu negara pada sebelah malam.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.128332 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list