CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7744|Reply: 0

[Sabah] PKS Sabah anjur makan tenghari CGM pada 24 Februari

[Copy link]
Post time 28-1-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode


FOO

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil Sederahana Sabah (PKS Sabah) akan menganjurkan makan tengahari Tahun Baharu Cina, Chap Goh Mei (CGM) 2024 pada 24 Februari depan.

Presiden PKS Sabah Datuk Prof Foo Ngee Kee berkata, acara itu akan diadakan di Dewan Hakka di sini bermula 10 pagi sehingga 1 petang.

"Sejak penubuhan persatuan ini, PKS Sabah telah mengambil peranan penting dalam memperkasakan hubungan diantara kerajaan dan komuniti perniagaan, menguar-uarkan dasar kerajaan dalam bidang ekonomi, maklumat perdagangan, membantu menubuhkan, membangunkan serta mengembangkan PKS.

"Majlis berkenaan bukan hanya memperkenalkan kebudayaan Cina, tetapi juga sebagai platform untuk para ahli persatuan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan bersama pelbagai komuniti peniaga di Sabah, agensi kerajaan institusi peniagaan dan konsulat luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pegawai-pegawai dari PKS Semenanjung Malaysia Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei turut hadir untuk memperkasakan lagi rangkaian perniagaan dalam kalangan peniaga PKS di Sabah.

Katanya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam akan menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Manakala katanya, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Phoong Jin Zhe akan menjadi tetamu khas.

"Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah tarian singa, naga, nyanyian lagu Tahun Baharu Cina dan banyak lagi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Roderick Goh berkata, harga untuk setiap meja adalah RM2,000 dengan tiket makanan untuk setiap tetamu adalah RM200.

Katanya, ahli persatuan dan keluarga dialu-alukan untuk menyertai majlis berkenaan bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan masing-masing.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung pada 011-1027 1072 (Goh) atau 016-838 2689 (Willie Lo).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.316029 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list