CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9721|Reply: 0

[Terengganu] Polis tahan ibu kandung, bapa tiri, remaja lelaki selepas anak lapor dirogol

[Copy link]
Post time 21-1-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK (kiri) yang merupakan ibu kandung kepada mangsa rogol dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman untuk perintah tahanan reman. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Polis tahan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung laporan anak kandungnya yang mendakwa dirogol seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada 7 malam tadi.

Menurutnya, Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin kemudiannya membenarkan suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Polis juga akan menyiasat mengikut akta sama, sama ada terdapat pembabitan ibu mangsa dan wujud pengabaian terhadap kanak-kanak itu dalam kes berkenaan," katanya.


Hanyan berkata, mangsa yang mendakwa dirogol remaja 18 tahun membuat laporan polis awal pagi semalam dengan ditemani kakaknya.

"Mangsa mendakwa dirogol suspek beberapa minggu lalu dan polis kemudian segera menahan pemuda itu pada hari sama. Dalam siasatan lanjut, mangsa turut mendakwa pernah dirogol bapa tirinya sebelum polis menahan lelaki berusia 32 tahun itu.

"Suspek bersama bapa tiri mangsa direman tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat ini. Mangsa pula dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-lapor-dirogol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.259657 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list