CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6091|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Ternak' tikus dalam restoran ! Hancing !

[Copy link]
Post time 17-1-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan peralatan memasak di dapur sebuah restoran terkenal di Lebuh Chulia, di sini, ketika pemeriksaan oleh Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Bau hancing air kencing dan najis tikus menyelubungi stor simpanan bahan mentah makanan di sebuah restoran terkenal.

Itu antara penemuan mengejutkan ketika pegawai penguatkuasa Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melakukan pemeriksaan mengejut di premis terletak di Lebuh Chulia, di sini, tadi.

Susulan itu, restoran yang menyajikan menu Timur Tengah diberikan tiga notis termasuk perintah penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari bagi kerja pembersihan.

Pengarah Jabatan Pelesenan MBPP, M Bawani berkata, pemeriksaan mendapati aspek kebersihan di premis itu amat tidak memuaskan.



Katanya, berlaku pencemaran apabila bahan makanan dialas dengan kertas bercetak selain makanan mentah dan sudah dimasak disimpan bersama.

"Pihak pengurusan premis mendakwa membersihkan perangkap minyak setiap hari namun ketika pemeriksaan dilakukan, kami mendapati keadaannya amat teruk sekali.

"Manakala tahap kebersihan dapur iaitu di tempat memasak amat tidak memuaskan selain telur dan lain-lain makanan diletak bersama cat serta bahan pencuci," katanya tadi.

Mengulas lanjut Bawani berkata, pihak pengurusan premis juga gagal menunjukkan Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid apabila diminta.

Tinjauan mendapati, bahagian luar beberapa periuk nasi di dapur premis berkenaan kotor dan pinggan mangkuk yang sudah digunakan juga tidak dicuci serta sudah berbau.

Pengurus premis juga dilihat tidak berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum dia ditenangkan dan diberi penerangan oleh pihak penguatkuasa.

Premis berkenaan adalah antara tiga yang menerima notis penutupan selama 14 hari mengikut Undang-undang Kecil 38(1) Undang-undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991 menerusi Operasi Penguatkuasaan Kebersihan dan Pematuhan Syarat Lesen yang dijalankan itu.

Dua lagi iaitu premis nasi kandar dan restoran masakan India di Pulau Tikus pula diberi notis penutupan susulan penemuan najis tikus di bahagian dapur.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-restoran-hancing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059778 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list