CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14560|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu 500 jurutera dengan kepakaran dalam bidang reka bentuk cip

[Copy link]
Post time 14-1-2024 06:34 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir pada sesi townhall, Sabtu. - Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak bekehendakkan seramai 500 jurutera dengan kepakaran dalam bidang reka bentuk cip, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, setakat ini Sarawak sudah mempunyai seramai 25 jurutera yang mahir dalam bidang tersebut dan masih memerlukan sekitar 400 lebih orang.

“Saya telah membuka Sarawak Microelectronics Design (SMD), semikonduktor untuk reka bentuk cip dan kita ada sebuah syarikat Jerman yang keluarkan cip analog.

“Dalam sebuah kereta berkehendakkan lebih kurang 150 cip dan cip ini berkehendakkan reka bentuknya.

“Jadi saya telah tubuhkan syarikat kerajaan untuk mengeluarkan pereka bentuk cip, hari ini kita berkehendakkan 500 jurutera dan saya baru dapat 25 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama YAB Premier Sarawak pada malam Sabtu.

Ujar Abang Johari ini, belia yang ada di Sarawak adalah harapan Sarawak untuk menjadi jurutera yang diperlukan dalam bidang tersebut.

Sebab itu Sarawak katanya perlu mempunyai satu dasar untuk memperkasakan belia melalui pendidikan.

“Belia di Sarawak mempunyai masa depan yang cerah selepas 2030 kerana kita telah membuat asas yang kukuh dalam ekonomi baru.

“Dalam industri minyak dan gas misalnya, ramai anak Sarawak di luar negara dan bila saya bangunkan sistem Autonomous Rapid Transit (ART), anak Sarawak yang bekerja di Kuala Lumpur sudah balik membantu kita.

“Saya percaya anak Sarawak boleh dilatih dan sebab itu saya berani wujudkan keadaan begini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.046963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list