CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34061|Reply: 116

[Tempatan] 'Gerakan Boikot McD' disaman RM6 juta

  [Copy link]
Post time 30-12-2023 01:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-12-2023 05:47 AM

PETALING JAYA: Gerakan yang menggalakkan pemboikotan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Israel memaklumkan bahawa McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadapnya.


BDS Malaysia berkata ia baru-baru ini terima writ saman menuduh gerakan itu memfitnah francais makanan segera itu.


“Mereka dakwa perniagaan mereka terjejas sejak kebelakangan ini dan menyalahkan kami. Kami menafikan secara mutlak. Oleh itu keputusan kami ialah biar mahkamah putuskan perkara ini,” kata BDS Malaysia di X (dahulunya Twitter).


Gerakan itu berkata ia telah mendapatkan khidmat sebuah firma guaman dan akan mengeluarkan satu kenyataan yang lebih terperinci selepas menerima nasihat peguam.


BDS Malaysia entiti bebas terdiri daripada badan bukan kerajaan, kumpulan, dan individu yang mempromosikan kebebasan, keadilan, dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, lupus, dan sekat.


Sejak Israel melancarkan pembantaian di Semenanjung Gaza, rakyat Malaysia menyeru pemboikotan beberapa francais.


Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat bahawa McDonald’s Malaysia sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.


Beliau menasihatkan tindakan boikot mesti berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian.


Sementara itu, McDonald’s Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.


McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.


“Walaupun kami memahami dan menghormati tindakan boikot adalah keputusan individu, kami percaya ia harus berdasarkan fakta yang benar dan bukan dakwaan palsu,” katanya dalam kenyataan.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/12/29/mcdonalds-mahu-saman-kata-bds-malaysia/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kalo statement dtg dari mufti penang iols akan.....read more
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2023 01:46 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 12:59 PM | Show all posts
dijemput porumer @limesherbet masuk memberikan sepatah dua keynote address

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka..so bayarlah saman tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 01:00 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 30-12-2023 01:37 AM
Iols kalo statement dtg dari mufti penang iols akan.....read more

dia cuma nasihat kalau tak nak kena saman ja

court pun bukan dengar cakap mufti


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcd msia terkesan ke kena boikot...Mcm mana dia nak halang klau org nk boikot gak? Org yg boikot akan kena saman?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 30-12-2023 01:08 PM
Mcd msia terkesan ke kena boikot...Mcm mana dia nak halang klau org nk boikot gak? Org yg boikot aka ...

Mekdi tak halang individu taknak beli / taknak makan / mengutuk makanan mekdi kalau tu pandangan peribadi atau melalui artikel yg sahih.  

Yg mekdi nak saman ni gerakan yg menghasut org ramai boikot. Selagi ko mengutuk mekdi tanpa menghasut mcm porumer limesherbet ok je nokkk huhuhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 30-12-2023 01:08 PM
Mcd msia terkesan ke kena boikot...Mcm mana dia nak halang klau org nk boikot gak? Org yg boikot aka ...

boikot diam diam blh kn
i mmg xpergi lama dh..dan mmg mekdi sblh kondo ni kosong..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
esok lusa kalau ada lg prosperity i pergi riki2 tgk keadaan mcD kat sini
lama dah tak p sejak eat very very very clean katanya (sebab gundu yakmatss skrg) tak perasaan plak suasana mcd kat umah i neh

***mohon bergasak di court tazabar nak tgk sape mng
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekdi bole saman kairul aming ke tak eh kerana meng introduce dan membawa resepi prosperity celup?

I buat prosperity sndri.  Sedap jugak cuma patty tu tetap tak sedap guna yg jual kt supermarket je. Kene buat sndri jugak agknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x pernah boikot mc D..hari ni pun elok je beli..barang apa pun aku x pernah boikot..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 03:59 PM | Show all posts
Boikot ni yg rugi
pemilik McD  local

McD  pusat, terima Frencias je .
untung tak untung Francias tetap diterima.
mcm lesen Taxi kau punya, jalan tak jalan sewaatetap bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:41 PM | Show all posts
memg tak boleh kalau kuaq prosperiti tu. Memang ku terpa p beli
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:51 PM | Show all posts
ada rupanya badan penggerak. boikot ini keputusan individu badan tu pun tak boleh wajibkan boikot. saman atas fitna jerlah kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapnye big mac
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Physical outlet memang ler kosong cos biasa la kan meleis2 nak jaga water face taknak kena cop sokong yezrahell… padahal masing2 order pakai grab etc aku tak boikot, takde kepentingan dan faedah kt aku.. 2hb ni aku tetap kena masuk keje makan gaji harung jem pagi petang jugak demi sesuap nasik utk diri sendiri.. dan juga sekotak nugget mekdi 20 ketul
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xboycot sbb rasenye useless..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lebih 10 thn boikot & tak rasa nak masuk mcd pun sbb burger ramly ayam special lagi kick
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa sihat sejak boikot. I tak boikot, tapi anak I yang beria boikot. Terpaksa boikot jugak Tapi bagus la boikot, rasa aman2 dan lebih sihat kalau tak asal weekend nak makan mcd breakfast
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086495 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list