CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9490|Reply: 0

[Terengganu] Tiga sungai melepasi paras bahaya di Terengganu

[Copy link]
Post time 16-12-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk melihat paras air di hadapan sebuah kedai di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu. - Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Tiga sungai di Terengganu melebihi paras bahaya, manakala empat lagi pada paras amaran pagi ini.

Sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, di Setiu serta di Hulu Terengganu, iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Nerus di Kampung Langkap menunjukkan bacaan 21.85 meter (m) melebihi paras bahaya iaitu 21m, Sungai Chalok di Jambatan Chalok 9.19m (paras bahaya 8.40 m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping berada pada paras 19.90m (paras bahaya 19.70 m).

Empat sungai yang melepasi paras amaran membabitkan dua sungai di Setiu, iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dengan masing-masing bacaan paras air 17.06m melepasi paras amaran 17 m dan 8.68 m melepasi paras amaran 8.30m.



Sungai melepasi paras amaran ialah Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Barangan di Marang menunjukkan bacaan 2.67m (paras amaran 2.40 m) dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman iaitu 2.18m (paras amaran 1.90 m).

Tiga sungai yang melepasi paras waspada iaitu Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu (19.06 m) melepasi paras waspada 19m, Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus 3.21 m (paras waspada 3.20m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau berada pada paras 11.28m melepasi paras waspada iaitu 10m.

Pagi ini, hujan berterusan dan sesekali lebat di kebanyakan kawasan di Terengganu.

https://www.bharian.com.my/berit ... ahaya-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.058810 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list