CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10456|Reply: 0

[Johor] Mabuk jadi punca RM10,000 'terbang'

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

Soon Siong dipenjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk. Foto Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seorang ejen insurans dipenjara sehari serta denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Zabedah, di sini, tengah malam tadi.

Majistret Suhaila Shafi'uddin menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan tertuduh Foo Soon Siong, 37, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda serta hilang kelayakan mendapat atau memegang lesen selama dua tahun bermula dari tarikh sabitan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memandu kereta dalam keadaan mabuk ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Zabedah, di sini.



Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020).

Kesalahan bagi seksyen ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM30,000 serta hilang kelayakan untuk mendapat atau memegang lesen selama dua tahun dari tarikh sebutan kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nca-rm10000-terbang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list