CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7788|Reply: 0

[Sarawak] Empat pemandu lori bawa muatan berlebihan didenda

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:22 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Empat pemandu lori yang mengaku salah atas pertuduhan membawa muatan berlebihan di sini pada awal Oktober lalu, masing-masing didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pertuduhan ke atas empat pemandu lori berkenaan dibaca serentak di hadapan Majistret Onn Kerk Chern, manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu Penolong Pegawai Penguatkuasa Mohammad Erwan Bohari.

Terdahulu Mohammad Erwan memberitahu mahkamah, kenderaan yang membawa lebih muatan atau muatan berbahaya adalah berisiko menyebabkan kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan fungsi teknikal kenderaan, selain mengakibatkan kerosakan serius pada jalan raya.

Katanya, jalan raya yang rosak akibat dilalui kenderaan membawa lebih muatan atau muatan berbahaya boleh menyumbang kepada kejadian kemalangan jalan raya dan membahayakan keselamatan pengguna yang lain.

Keempat-empat tertuduh merayu kepada mahkamah supaya hukuman dikenakan ke atas mereka diringankan dengan alasan perlu menanggung keluarga, kekangan kewangan dan merupakan kesalahan pertama.

Kesemua mereka kemudian membayar denda masing-masing dan dibenarkan bebas.

Dua daripada pemandu berkenaan iaitu Yong Seng Ming, 63, dan Steven Likong, 59, dituduh melakukan kesalahan lebih muatan kayu balak semasa kenderaan dipandu mereka ditimbang di pekarangan JPJ Cawangan Sibu pada 8 Oktober lepas, masing-masing pada jam 4.10 pagi dan 4.47 pagi.

Mengikut fakta kes, Yong sebagai pemandu kenderaan penggerak utama dan menarik semi treler kayu Jinker didapati membawa lebih muatan sebanyak 65,250 kilogram atau 71.7 peratus daripada had maksimum 38,000 kilogram yang dibenarkan.

Manakala Steven sebagai pemandu kenderaan penggerak utama dan menarik semi treler kayu Jinker didapati membawa lebih muatan sebanyak 64,100 kilogram atau 68.68 peratus daripada had maksimum 38,000 kilogram yang dibenarkan.

Dua pemandu yang memandu lori membawa muatan barangan kargo iaitu Kudy Brining, 44, didapati membawa lebih muatan sebanyak 36,650 kilogram atau 78.78 peratus daripada hak maksimum 20,500 kilogram dibenarkan, manakala Stephen Robert, 32, didapati membawa lebih muatan sebanyak 36,150 kilogram atau 72.14 peratus daripada hak maksimum 21,000 kilogram dibenarkan.

Kesemua pemandu tersebut didapati telah gagal mematuhi syarat-syarat Lesen Pembawa di bawah Seksyen 19(1)(b)(vi) Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP)1987 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 19(3) akta sama yang membawa denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.071528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list