CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1811|Reply: 0

[Sarawak] Pekerja wanita tersangkut dalam lubang longkang diselamatkan

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba Bintulu petang Selasa.

BINTULU: Seorang pekerja wanita yang tersangkut di dalam lubang longkang di sebuah kawasan bangunan baharu yang sedang dalam pembinaan di Kampung Jepak di sini berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh pasukan bomba Bintulu, petang Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.59 petang.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati seorang wanita berusia 54 tahun tersangkut di dalam lubang longkang di kawasan itu.

"Pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi memecahkan bahagian atas longkang untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan usaha giat pasukan bomba, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Terdahulu, mangsa dipercayai melakukan kerja-kerja di kawasan terbabit dan beberapa pekerja lain turut menghulurkan bantuan kepada pihak bomba dalam usaha mengeluarkan mangsa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.183379 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list