CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28027|Reply: 0

[Sarawak] Pembukaan Loji Lumpur Cecair kejayaan penting industri minyak, gas

[Copy link]
Post time 10-12-2023 08:22 PM | Show all posts |Read mode

Matshalleh (tiga kanan) dan Mohammad Taufik (tiga kiri) menunjukkan dokumen perjanjian ditandatangani bagi penubuhan LMP disaksikan Ruslan (tengah) dan yang lain.


BINTULU: Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) dan Altus Oil&Gas Malaysia Sdn Bhd (Altus) menandatangani perjanjian penggunaan tanah bagi pembukaan Loji Lumpur Cecair (LMP) di Pelabuhan Bintulu sekali gus menandakan kejayaan penting industri minyak dan gas rantau ini.


Majlis menandatangani perjanjian diadakan di Wisma Kontena BPSB dengan BPSB diwakili Ketua Pegawai Operasi Matshalleh Mohamad Etli manakala Altus diwakili Pengarah Urusannya Mohammad Taufik Othman sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Ruslan Abdul Ghani.

Hadir sama wakil-wakil pelbagai syarikat minyak dan gas serta pengurusan kanan BPSB dan Altus.

Dalam ucapannya, Ruslan berkata perjanjian itu menandakan kepentingan aktiviti industri minyak dan gas di medan luar pantai Sarawak dan negara ini semakin meningkat sekali gus pengwujudan LMP di Pelabuhan Bintulu.

"Kita berharap pertumbuhan dan kemakmuran sektor minyak dan gas khususnya dalam bidang penerokaan dan pengerudian terus berkembang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, BPSB komited bekerjasama dengan Altus merentasi pelbagai perkara untuk memacu sektor minyak dan gas negeri ini ke hadapan.

Sementara itu, Mohammad Taufik yakin potensi LMP mampu menyokong industri minyak dan gas berkembang membabitkan aktiviti cari gali yang menyerlahkan kesan positif sektor tersebut.

"Dengan penubuhan LMP, BPSB juga diharap meningkatkan kapasiti memantapkan aktiviti cari gali minyak dan gas," jelasnya.



Katanya, memandangkan industri minyak dan gas berkembang pesat di Sarawak dan kedudukan Pelabuhan Bintulu strategik di teras hab minyak dan gas negeri ini, maka pelabuhan itu terus bersedia memberi sumbangan besar dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052836 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list