CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33011|Reply: 0

[Sarawak] Jenayah komersial di Sarawak meningkat, namun masih terkawal: Mancha

[Copy link]
Post time 10-12-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Anti-Scam) dan Pameran mempromosikan Portal Semak Mule serta Pusat Respons Scam Kebangsaan yang dihadiri oleh Mancha dan rombongannya.


SARIKEI: Jumlah jenayah komersial yang dilaporkan di negeri ini menunjukkan peningkatan tahun ini berbanding tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, namun demikian ia masih terkawal dan pihak polis sedang giat menjalankan kempen kesedaran kepada orang awam agar tidak menjadi mangsa jenayah komersial ini.

"Daripada Januari hingga November tahun ini, jumlah laporan berkaitan dengan jenayah komersial telah merekodkan sebanyak 2,831 kes.

"Pada tahun lepas pula, untuk tempoh yang sama sebanyak 2,329 kes jenayah komersial telah direkodkan dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 502 kes iaitu 21.55 peratus.

"Kebanyakan kes tersebut melibatkan kes 'scammer' dan berkaitan dengan keldai akaun iaitu tindakan menyewa akaun peribadi kepada pihak 'scammer'," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis perasmian penutupan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Anti-Scam) dan Pameran mempromosikan Portal Semak Mule serta Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di Rumah Sibar Duat, Lubok Lemba, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sarawak Datin Jennita William, Timbalan Pesuruhjaya Sarawak Datuk Ibrahim Darus serta isteri yang juga Naib Pengerusi PERKEP Sarawak Datin Zanilatun Kamariah Zakaria, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Wong Ing Fung, Ketua Jabatan Pengurusan SAC Awang Din Awang Gani, Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superitenden Awang Arfian Awang Bujang dan Tuai Rumah Sibar Duat.

Menurut Mancha, pihak polis memandang serius jenayah komersial seperti juga jenayah-jenayah lain.

"Atas perkara tersebut, kita telah menganjurkan banyak program kesedaran yang melibatkan segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira di mana mereka berada.

"Melalui program ini, kita akan menyampaikan maklumat kepada orang awam tentang modus operandi jenayah pada masa kini agar orang awam tidak terjerat dan menjadi mangsa aktiviti jenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kita ingin menyeru masyarakat agar bekerjasama denagn pihak polis dan menyalurkan maklumat terutamanya berkaitan dengan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka kepada pihak polis agar usaha membendung dan mencegah jenayah tersebut dapat digerakkan dari peringkat awal," jelas Mancha.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.216205 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list