CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12918|Reply: 0

[Sarawak] Lapan tapak projek RTP di Bukit Semuja diserah kepada kontraktor

[Copy link]
Post time 9-12-2023 06:06 AM | Show all posts |Read mode

Simbolik penyerahan projek daripada wakil pusat khidmat DUN Bukit Semuja kepada kontraktor yang terlibat.


KUCHING: Sebanyak lapan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 di konstituensi Bukit Semuja telah diserahkan tapaknya kepada kontraktor, hari ini.

Penyerahan disampaikan oleh wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Semuja kepada kontraktor yang berkaitan.

Ia melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1,030,000.

Antara projek berkenaan ialah membina parit, membina pangkalan air sungai, dinding penghadang untuk mengelak tanah runtuh atau untuk tebatan banjir, pagar dan pejalan kaki berbumbung.

Antara kampung yang menerima projek ini adalah Kampung Seroban, Belimbing B, Rasau, Ranchan, Slabi Sangkan, Koran Empaneg, dan dua sekolah.

Hadir pada majlis penyerahan itu ialah pegawai jabatan teknikal iaitu dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Serian, wakil pegawai daerah Serian dan juga ketua kampung atau pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta ahli Exco JKKK.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061860 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list