CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13318|Reply: 0

[Sarawak] PKB Sri Aman anjur malam 'Retro Night' 2023

[Copy link]
Post time 9-12-2023 05:53 AM | Show all posts |Read mode

Natazcza (duduk, ga kanan), D. Joshua (duduk dua kiri) serta yang lain selepas selesainya majlis berkenaan dekat sini malam tadi.


SRI AMAN: Unit Promosi Kesihatan Bahagian Sri Aman, Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sri Aman telah menganjurkan Majlis Makan Malam 'Retro Night' 2023 di Tandang Sari Avenue, Sri Aman dekat sini malam Khamis.


Pegawai Pendidikan Kesihatan PKB Sri Aman Zaifa Johari berkata, majlis itu bertujuan menghargai sukarelawan MyCHAMPION Sri Aman dan Lubok Antu untuk tahun ini.

Menurutnya, MyCHAMPION merupakan satu kaloboratif khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasakan komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat, kawalan Kesihatan kendiri dan melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan Kesihatan.

"Sebenarnya, objektif MyCHAMPION adalah untuk mendaya upaya komuniti dalam mengamalkan budaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran serta untuk melahirkan komuniti yang peka terhadap isu-isu kesihatan semasa serta berupaya mengambil tindakan penyelesaian secara kolaboratif dan untuk memupuk rasa kepunyaan dan komuniti bertanggungjawab untuk mengambil keputusan serta bertindak menjaga kesihatan kendiri.

Tambahnya, untuk daerah Sri Aman dan Lubok Antu, Sukarelawan MyCHAMPION terdiri dari Kampung Tanjung Engkabang,, Rumah Meluda, Kampung Ibol, Sri Aman serta beberapa buah rumah panjang di kawasan Daerah Lubok Antu.


Selain itu katanya, objektif lain MYCHAMPION ini adalah untuk  membentuk rangkaian individu atau kumpulan dalam komuniti yang dan  bertindak sebagai ejen kesejahteraan kesihatan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan untuk memupuk sikap kesukarelawan dan semangat Kerjasama.

Terdahulu, majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman Dr Natazcza Abdul Rahim.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan  Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr. Joshua Taylor Thomas, Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman,  Dr Janariah Jangani serta pegawai Kesihatan dan kakitangan PKB Sri Aman yang lain.


Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan pnyampaian sjil pnghargaan kpada Sukarelawan MYCHAMPION, pnyertaan Konvensyen  COMBI, Anugerah Lokaliti COMBI Paling Aktif dan AJK Tertinggi COMBI Bahagian Sri Aman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055677 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list