CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1121|Reply: 0

[Terengganu] Banjir Kemaman, Marang dan Kuala Nerus pulih

[Copy link]
Post time 26-11-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk memasang jala di kawasan limpahan banjir di Teluk Pasu, Kuala Nerus semalam.

KEMAMAN – Cuaca baik sepanjang hari ini membolehkan tiga daerah iaitu Kemaman, Kuala Nerus dan Marang kembali pulih daripada banjir gelombang pertama.

Tiga PPS iaitu masing-masing satu di daerah berkenaan iaitu Dewan Sivik Kampung Labohan, Kerteh di sini; Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, Marang dan Dewan Sivik Batu Rakit, Kuala Nerus telah menutup operasinya secara berperingkat sebentar tadi.

Empat daerah lain yang masih terjejas ialah Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu melibatkan 268 mangsa daripada 64 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu kekal daerah paling terjejas dengan 164 mangsa daripada 42 keluarga berada di dua PPS.

“Seramai 44 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di PPS SK Kuala Besut.

“Sebanyak 55 mangsa daripada 11 keluarga berada di dua PPS di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, PPS Kampung Rhu Sepuluh yang mempunyai lima mangsa sekeluarga masih beroperasi di Setiu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -kuala-nerus-pulih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.287569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list