CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1566|Reply: 1

Hartanah Dikehedaki

[Copy link]
Post time 12-2-2011 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Salam, saya Fendy agen hartanah di shah alam.
Kepada semua pemilik hartanah sekitar Shah Alam yang mempunyai tanah/rumah/apartment/flat untuk
dijual, boleh hubungi saya.
Refinance semula hartanah anda juga boleh dilakukan.
Semua urusan pinjaman & peguam akan disediakan.

Fendy
019 5941189 (SMS)
       @                           
nd_nan@yahoo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2011 11:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by osamaladen at 13-2-2011 00:00

Untungnya Melantik Ejen Hartanah

Ramai yang tidak mengetahui apa gunanya seorang ejen jika berurusan soal hartanah. Mereka  sering menganggap jika melantik ejen hartanah mereka akan dikenakan bayaran lebih. Inilah mentaliti yang perlu kita kikis dalam masyarakat kita hari ini.
Hakikat sebenarnya pasaran hartanah ini adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan. Di bawah adalah garis panduan yang menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah:-
1. Pengetahuan dan kemahiran
Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen perlu berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan  hartanah yang hendak dijual itu menjadi rebutan ramai pihak. Maka dengan ini, hartanah anda mudah terjual.
2. Penjimat masa.
Masa itu emas. Pengguna yang bijak akan menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin. Mereka tidak akan mensia-siakan masa itu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekiranya anda mahu menjual atau membeli rumah, anda tidak perlu membazir masa anda ke sana dan ke mari mencari hartanah yang sesuai. Serahkan sahaja semua tugas-tugas itu kepada ejen.
3. Pembantu harga jual beli
Seandainya, anda ingin membeli sesuatu hartanah yang tidak menggunakan ejen. Kebarangkalian anda akan ditipu berkaitan dengan harga sangatlah tinggi. Apatah lagi jika penjual itu tahu yang anda tidak pernah berurusan soal jual-beli hartanah. Penjual boleh sahaja meletakkan harga yang tinggi semahu-mahunya.
Di samping itu mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari sesuatu hartanah itu sudah berada di pasaran untuk dijual.
Semua ini harus diambil kira dalam proses rundingan harga. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. Seeloknya, anda sebagai pembeli harus tahu di tahap mana kemampuan anda untuk memiliki sesuatu hartanah itu.
4. Hubungan penting
Jika anda rakyat biasa yang ingin membeli sesuatu hartanah dan tidak  mengenali pihak yang tertentu dalam menguruskan jual-beli hartanah ini, saya tegaskan sekali lagi anda wajib mempunyai seorang ejen hartanah.  Jangan anda fikir semua ejen akan memakan wang anda. Ini kerana ejen berdaftar ada kadar komisen yang patut diterimanya dalam sesuatu jualan. Melainkan jika anda berurusan dengan ejen hartanah haram.
5. Pengurusan dokumen
Dalam urus niaga hartanah ini banyak melibatkan pengurusan dokumen penting pindah hak milik. Jadi urusannya sudah pasti merumitkan. Hanya mereka yang pakar dan biasa melakukannya sahaja boleh menguruskannya dengan baik.  Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih sepuluh muka surat. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru. Setiap proses perlu direkodkan secara rasmi menggunakan pelbagai jenis borang hartanah.
Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul. Jadi pembeli dan penjual tidak perlu bimbang akan urus niaga mereka. Cuma yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan ejen. Kerana ini akan melibatkan keseluruhan proses jual beli hartanah anda.
6. Sokongan
Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli hartanah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.


Fendy ejen hartanah S.Alam
019 5941189
nd_nan@yahoo.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.665084 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list